KTM Komuter adalah komuter jenama perkhidmatan kereta api di Malaysia dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Ia telah diperkenalkan pada tahun 1995 untuk menyediakan perkhidmatan kereta api tempatan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang kawasan pinggir bandar di sekitarnya.
Perkhidmatan ini kemudiannya diperkenalkan di utara Semenanjung Malaysia di negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang pada September 2015 selepas selesai Ipoh-Padang Besar Elektrik dan projek landasan berkembar. Kereta api yang digunakan adalah unit elektrik pelbagai berhawa dingin. Kemudahan ‘Park & Ride’ disediakan di stesen-stesen dengan bayaran nominal.
Antara perkhidmatan yang ada dalam KTM Komuter ialah :
- Kawasan tempat duduk khas wanita
Tempat duduk khas ini berada di platform 3 & 4 dan 5 & 6 di platform KTM Komuter di stesen KL Sentral. Kawasan ini dilabelkan dengan pelekat bewarna merah jambu yang mempamerkan ikon Koc Wanita.
- Ruang bacaan
Ruang bacaan ini terletak di platform 3 & 4 dan 5 & 6. Disediakan khas untuk penumpang KTM Komuter untuk membaca bahan bacaan sementara menunggu tren.
- Tempat bertemu (Meeting Point)
Papan tanda “Meeting Point” ini diletakkan di stesen-stesen utama KTM Komuter seperti stesen KL Sentral, Bandar Tasek Selatan (BTS) dan Kuala Lumpur. Ia memudahkan anda untuk menunggu atau bertemu rakan, ahli keluarga dan tetamu dengan menjadikan papan tanda biru kuning yang mempunyai senyuman sebagai indikasi lokasi pertemuan.
- Jadual Perjalanan Tren
KTM Komuter beroperasi dengan dua laluan utama di Lembah Klang iaitu :
- Batu Caves – Tampin – Batu Caves
- Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim
Untuk menyemak jadual perjalanan tren untuk kedua-dua laluan bagi Isnin-Ahad, Sabtu dan Ahad serta cuti umum, klik link di bawah :
http://www.ktmb.com.my/ktmb/index.php?r=portal/left&id=cCtGNGNKVE9obFhBRUl5RERPRjVoUT09
- Harga Tambang KTM Komuter Terbaru
Tambang bagi perkhidmatan komuter boleh dibayar secara tunai dan token iaitu dengan membuat pembayaran di kaunter tiket KTM Komuter ataupun secara tidak tunai iaitu melalui penggunaan Touch ‘n Go dan Kad KomuterLink. Terdapat harga berbeza untuk kanak-kanak, pelajar, OKU dan warga emas.
Untuk menyemak jadual tambang bagi KTM Komuter Lembah Klang dan sektor utara, boleh klik pada link di bawah :
http://www.ktmb.com.my/ktmb/index.php?r=portal/left&id=VEliZUhrbWc2VC9wM3hEVWxTWVVFdz09
- Info Tambahan
Info sistem tiket baharu KomuterLink :
- Waktu Operasi Kaunter Komuter Link
Isnin – Jumaat : 0900 – 1700
Sabtu, Ahad & Cuti : Tutup
Rehat : 1300 – 1400
Sebarang pertanyaan dan perkara lanjutan boleh hubungi KTMB di :
- Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala LumpurNo. Telefon : +603 – 2263 1111
(Waktu Operasi : 0830 – 1730)
- Pusat Panggilan
Emel : callcenter@ktmb.com.my
No. Telefon : +603 – 2267 1200(Waktu Operasi : 0700 – 2200)
Tags: #Cara Semak Jadual Perjalanan KTM Komuter #destinasi KTM komuter #harga tambang komuter terbaru #jadual perjalanan tren komuter #komuter lembah klang #komuter sektor utara #KomuterLink #KTM Komuter #KTMB #Semak Jadual Perjalanan Tren #talian komuter #tambang komuter #Tambang KTM Komuter Terkini #tambang terkini komuter 2017