Isteri Tak Layan Ajakan Suami ‘Bersama’. Ini Sebabnya Para Suami Kena Faham!

Isteri Tak Layan Ajakan Suami 'Bersama'. Ini Sebabnya Para Suami Kena Faham!

Kenapa isteri tidak melayan ajakan suami dan tiada mood untuk bersama? Ramai suami mengadu tentang masalah dingin seks yang dialami oleh pasangan. Rungut mereka, ketika ghairah sedang menyala-nyala, isteri pula seakan langsung tidak bernafsu. Baru saja hendak mengusap tubuh, isteri terus memberi alasan, penat, tangguh esok dan sebagainya.

Apa jua alasannya, si suami pasti kecewa. Lantas mulalah suami menyalahkan isteri tanpa menyedari bahawa adakalanya sikap suami sendirilah yang mencetuskan kedinginan dan kehambaran isteri terhadap aktiviti seksual. Kata orang, isteri selalunya tiada mood untuk seks setelah lama berkahwin. Jangan percaya pada stereotaip yang mengatakan wanita lebih dingin berbanding lelaki.

Jika aksi di dalam bilik tidur semakin kurang dan membosankan, kemungkinan besar ada sebab atau masalah lebih mendalam yang perlu ditangani antara hubungan anda dengan si isteri. Tingkah laku, sifat, mahupun layanan suami yang tidak kena dengan jiwa ketika hubungan intim boleh membuatkan isteri merasakan seks bukan lagi memberi kenikmatan atau membahagiakan dirinya. Sebaliknya cukup menjengkel dan menyeksakan.

Mengikut kajian, didapati isteri bersikap dingin tehadap hubungan intim dengan suaminya adalah berpunca tindak-tanduk suami yang tidak romantis dan kurang berperanan memberi keghairahan dan kepuasan kepada isteri. Kebiasaanya suami sebegini lebih mementingkan diri sendiri dan terlalu sibuk dengan bisnes atau tugasan luar, menyebabkan kesuntukan masa untuk bersama isteri sehinggakan mengadakan hubungan intim pun dalam tempoh yang terhad dan tergesa-gesa.

Kenapa Isteri Tak Layan Ajakan Suami Untuk ‘Bersama’?

Adakah anda merasakan api yang menyala-nyala dalam hubungan ranjang anda pada masa dahulu seakan hampir terpadam? Usah khuatir, api itu boleh membara semula. Cuba anda cari dahulu punca mengapa api itu telah reda. Berikut adalah senarai kesilapan suami yang cukup tidak disenangi oleh isteri ketika di ranjang dan mungkin beberapa sebab si isteri kurang mood atau menolak untuk berhubungan intim dengan anda.

  1. Anda berdua tidak meluangkan cukup masa bersama

Isteri anda juga mempunyai hati dan perasaan. Kasih sayang yang dibina bersama isteri anda setiap hari, setiap bulan, setiap tahun yang anda habiskan bersama, kasih sayang inilah yang akan mengeratkan hubungan anda berdua. Hubungan intim adalah untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isteri. Tapi jika hubungan harian anda tidak diberi perhatian, macam mana anda ingin mula berintim dengan isteri? Anda perlu membina kemesraan bersama isteri; berpegang tangan, cium pipi, ataupun bertanya tentang keadaan harinya. Semua ini boleh mengeratkan hubungan dan mengembalikan perasaan cinta dan sayang yang telah lama reda.

  1. Terlalu letih atau penat berkerja

Apabila si isteri mengatakan dia letih dan tidak mahu berintim, bukan sesuka hati dia mengatakan begitu. Apabila isteri perlu mencuci rumah, memasak, kerja, hantar anak ke sekolah dan menjaga anak dan suami, kadang-kadang dia terlalu letih dan langsung tidak memikirkan tentang seks. Jika isteri mengatakan bahawa dia sangat letih atau tengah sakit kepala, janganlah dipaksa. Sebaliknya, dengar cakap isteri dan berilah pertolongan. Adakah anda selalu sedia menghulurkan pertolongan apabila melakukan kerja rumah? Adakah anda selalu menjaga anak-anak atau hanya sekali-sekala dan apabila disuruh? Berikan ruang kepada isteri supaya dia boleh berehat sedikit. Apabila sudah cukup rehat, seks dengan isteri pasti akan memuaskan kedua-dua pihak.

  1. Anda tidak puji isteri anda 

Bila kali terakhir anda memberitahu isteri yang dia sangat cantik dan anda bertuah sungguh mendapat isteri sepertinya? Jangan beri alasan bahawa “Isteri saya tahu yang saya sayang dia. Dia tahu hanya dialah insan yang paling sempurna untuk saya.” Mungkin zaman dating dan sebelum melahirkan anak, isteri anda rasa yakin. Tetapi selepas beranak dan dengan rupa parasnya sekarang, dia mungkin rasa kurang yakin pada diri sendiri.

Walaupun anda berdua akan tua bersama, masyarakat kita masih berpendapat harga diri seorang wanita akan berkurangan apabila dia semakin tua. Cuba tengok keuntungan industri kecantikan serta cara wanita berusaha untuk nampak muda dan jelita untuk suami mereka. Akibat melahirkan zuriat, faraj isteri mungkin longgar, perutnya penuh dengan stretchmark, kulit serta payudara kendur. Semua ini boleh menyebabkan seseorang wanita rasa tidak cantik, dan rasa tidak yakin untuk bersama suaminya secara intim kalau suami sudah bertambah dingin.

Berikan galakan dan pujian dan bina harga diri isteri anda. Yakinkannya yang anda masih sayang dengannya, seperti kali pertama anda jatuh cinta dengannya. Seks dengan isteri akan bertambah baik apabila mendapat keyakinan dari anda.

  1. Isteri tidak enjoy semasa seks

Adakah anda hanya memikirkan keseronokkan sendiri sahaja atau anda berdua? Hubungan seks dengan isteri perlu juga dirasai seronok di pihak si isteri dan bukan hanya untuk anda seorang sahaja. Jika isteri rasa tidak ‘enjoy’ langsung, mestilah dia akan fikir “lebih baik saya tidur sahaja!” Ini tidak semestinya salah anda sahaja, mungkin anda berdua perlu berbincang apa yang anda suka. Cuba posisi yang baru? Atau hubungan intim anda berdua cuma perlu lebih sensasi? Ataupun masalah kesihatan?

Tidak kira apa puncanya, adalah penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan seks dengan isteri. Jangan anggap perkara ini sebagai normal dan adalah perkara biasa jika isteri tidak mendapat kepuasan. Jangan malu untuk bertanya kepada doktor atau belajar pendidikan seks dengan banyak membaca di dalam talian.

Di bawah adalah beberapa kesilapan suami suami yang cukup tidak disenangi oleh isteri ketika di ranjang.

  • Tidak bercumbu terlebih dahulu

Meskipun nafsu sedang membara namun jangan terlalu rakus menerkam isteri tanpa mencumbuinya terlebih dahulu. Terlalu banyak artikel yang menerangkan bahawa wanita memerlukan masa untuk terangsang. Sentuh bahagian sensitif isteri ataupun kucuplah bibirnya terlebih dahulu supaya isteri turut merasakan ghairah untuk hubungan intim.

  • Hembusan nafas

Tidak dinafikan hembusan nafas suami di telinga mampu menaikkan nafsu isteri. Namun perlu juga diketahui bahawa itu juga menjadi faktor untuk membenamkan rasa berahi sekiranya hembusan nafas suami pekat berbau rokok ataupun bauan yang kurang menyenangkan.

  • Tidak bercukur

Sememangnya ini adalah perkara asas yang harus diingat oleh setiap lelaki sebelum melangkah ke ranjang untuk bersama isteri. Misai dan juga jambang yang tidak dicukur dan dibiarkan panjang bukan saja menyakitkan mata isteri yang memandang tapi juga menyakitkan kulit. Ia seakan-akan mencucuk kulit isteri bila disentuh.

  • Gelojoh

Ada suami yang gelojoh dalam urusan seks. Belum sempat isteri buat apa-apa, suami sudah menerkam dahulu. Selain itu ada juga yang gopoh mahu membuka pakaian isteri namun tidak tahu bagaimana caranya. Seharusnya membuka pakaian isteri dilakukan dengan hormat dan penuh lembut. Ibarat membuka satu hadiah yang berharga. Lagipun kenapalah hendak tergopoh-gapah, isteri tidak ke mana-mana, tetap ada di depan mata.

  • Sentuhan

Sentuhan, belaian dan usapan buat isteri di awal hubungan intim perlu ada caranya. Janganlah terus meraba-raba tanpa arah tujuan. Tidak terbangkit nafsu isteri jika sentuhan suami sekejap di kaki, sekejap di belakang dan kemudian di kepala pula. Caranya pula kasar semacam seperti menepis semut yang merayap di badan. Seeloknya lakukan sentuhan dengan lembut dan berperingkat supaya isteri dapat menikmati sensasi sentuhan suami.

  • Jangan berehat setengah jalan

Tiada istilah berehat ketika melakukan pemanasan meskipun anda penat dan isteri lambat terangsang. Tubuh isteri perlu sentiasa disentuh supaya berahinya tidak turun mendadak. Apa perasaan isteri bila ghairah baru hendak memuncak tiba-tiba si suami berhenti merangsang, sudah tentu perasaan terus merudum.

  • Jangan biar isteri terkapai-kapai

Ada suami yang mementingkan diri sendiri. Setelah nafsu syahwatnya dipenuhi, isteri yang masih belum menikmati kepuasan dibiarkan begitu saja. Sebenarnya ketidak puasan ketika hubungan seks dengan suami juga antara sebab isteri mula memandang seks sebagai sesuatu yang hambar.

  • Suami tidak berterima kasih kepada isteri

Kadang kala suami yang lebih pentingkan diri sendiri dan tidak bersikap romantis, setelah ianya selesai sampai ke kemuncak, ditinggalkan isteri keseorang dan dia terus berdengkur. Ini membuatkan isteri terasa bahawa dia tidak dibelai oleh suami, tidak dihargai dan pengalaman sebegini akan menjadi ingatan di mindanya untuk selamanya. Sepatutnya suami perlu prihatin terhadap keperluan seks isteri, jika ianya lebih awal klimaks, perlu berbisik di telinga isteri bertanyakan keadaannya sudahkah puas atau sebaliknya.

Jika diberitahu bahawa dia masih belum sampai kemuncaknya, suami perlu memainkan peranannya untuk membolehkan isteri menikmati kemuncak kepuasan hubungan intim. Suami yang pandai berperanan untuk memastikan dirinya tidak cepat kecundang dan juga mengambil tindakan bijak untuk mempercepatkan keghairahan isteri dan seboleh-boleh untuk menikmati kepuasan kemuncak secara bersama dan serentak.

Jika ini dapat dikawal oleh suami, sudah pasti isteri akan memberi pujian dan sentiasa meghormati suaminya sebagai seorang yang berkemampuan dan handalan semasa mengadakan hubungan intim. Oleh itu suami perlu menimba ilmu bagi membolehkannya menjadi seorang suami yang celek hubungan seks dengan isterinya.

Loading...

Tags: #Bagaimana Sepatutnya Seorang Isteri Melayan Suami #faktor penyebab hubungan seks menjadi dingin #isteri menolak bersetubuh #Isteri Tak Layan Ajakan Suami #isteri tak nak bersama #isteri takde nafsu #isteri taknak bersama #kesilapan suami dalam hubungan seks #kesilapan suami di ranjang #kesilapan suami yang menyebabkan kedinginan hubungan kelamin #masalah hubungan kelamin #Masalah seks dingin isteri #nafsu wanita #punca isteri menolak hubungan intim #punca isteri tak layan ajakan suami untuk bersama #sebab isteri dingin seks #suami isteri

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.