Dalam menjalani hidup berumahtangga, pasti ada dugaan dan cabaran yang mendatang. Bak kata orang dulu-dulu, lagikan lidah lagi tergigit, inikah pula suami isteri. Oleh yang demikian, segala masalah dalam rumahtangga hendaklah diselesaikan dengan cara paling berhemah.
Mungkin ada suami yang berasa pelik apabila isterinya kadangkala marah-marah apabila dia pulang dari kerja. Tambahan lagi, apabila mereka mempunyai pula cahaya mata dan suami mengharapkan isteri menyelesaikan semua urusan anak-anak dari segi pengurusan diri dan sebagainya. Jadi tahukan anda apakah punca isteri stress?
- Cara penilaian wanita berbeza berbanding lelaki
Wanita mahu anak dan suami kelihatan sempurna. Sebagai contoh cara berpakaian. Jika anak keluar rumah dengan pakaian yang tidak sesuai, orang akan berpandangan ibunya tidak pandai menguruskan anaknya. Ini akan menjadi wanita stress.
- Wanita sangat sensitif berkenaan penilaian orang lain
Wanita akan stress apabila urusan pakaian anak-anak dan suami tidak terjaga rapi. Wanita berfikir, orang lain akan kata dia tidak pandai membuat kerja rumah dan urus makan pakai suami.
- Naluri yang tajam berkenaan sesuatu implikasi
Wanita akan stress apabila suami tidak menepati janji terutama melibatkan urusan besar dengan ahli keluarga atau orang tua. Apabila hal ini berlaku kadangkala isteri mula marah kerana tidak menepati janji. Wanita bimbang berkenaan pandangan ahli keluarga lain terhadapnya.
- Kepenatan dan tidak mempunyai rehat yang cukup
Isteri juga manusia yang memerlukan rehat dan tidur yang cukup setiap hari. Melakukan kerja rumah dan menguruskan makan pakai suami dan anak-anak amat memenatkan mereka. Hal ini juga menyumbang stress kepada isteri.
- Keadaan rumah perlu terjaga sentiasa
Dalam apa jua keadaan isteri akan memastikan rumah mereka tidak berselerak. Apabila rumah berselerak dan bilik tidak dikemas seperti yang dikehendaki, mereka pasti akan rasa stress.
- Suami yang tidak memahami kehendak isteri
Apabila pulang ke rumah, suami meminta isteri buat itu dan ini. Sedangkan hal tersebut boleh diselesaikan sendiri. Isteri akan menjadi stress apabila dia terpaksa melaksanakan arahan suami.
Jadi apakah petua berkesan untuk melegakan stress isteri?
Cara-caranya :
- Baringkan isteri di riba suami, kemudian, gunakan tangan kanan suami dan letakkan di kepala isteri sambil memicit lembut kepala isteri sehingga isteri rasa selesa.
- Selepas itu, bacalah surah Al-Fatihah dalam hati secara berulang-ulang sehingga isteri merasa lega dan terlelap.
- Kucup dahi isteri dengan penuh kasih sayang dan lafazkan perkataan sayang seperti “Saya sayang awak”
- Insyallah, segala perasaan stress dan tekanan seharian bekerja menjadi suri rumah akan hilang.
Amalan : Kaedah ini boleh juga dilakukan oleh isteri kepada suami.
Tags: #amalan suami isteri #cara legakan isteri yang stress #cara menghilangkan stress #cara menghilangkan stress dengan cepat #hilangkan stress suami isteri #kenapa isteri stress #nak ubat hati isteri #petua legakan sakit kepala isteri #petua legakan tekanan isteri #punca isteri melenting #punca wanita stress #ubat stress mujarab