Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki

Ini Ciri Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki

Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki

Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka sangat cerewet dalam memilih pasangan? Walaupun seorang lelaki mempunyai penilaian yang berbeza terhadap seseorang perempuan, namun mereka mempunyai satu suara yang sama mengenai jenis perempuan yang bukan menjadi pilihan hatinya. Jadi, buat gadis-gadis di luar sana, jom ketahui ciri-ciri dan jenis perempuan yang dibenci oleh kaum lelaki.

  1. Cemburu buta

“Cemburu tandanya sayang.” Ayat ni memang klise, namun hakikatnya jika berlebihan tidakkah itu di panggil queen control? Bagi mereka, tindakan cemburu atas sesuatu perkara yang betul memang wajar tetapi jika sampai dengan kawan-kawannya sendiri pun asyik cemburu melulu, memang tidak boleh diterima! Mereka tidak mahu terpenjara dalam sangkar besi. Percayalah lelaki lebih sukakan kebebasan.

  1. Kaki shopping

Lelaki paling menyampah dengan gadis yang kuat berbelanja. Bagi mereka, gadis seperti ini sukar dikawal dan boros. Malah, mereka menganggap golongan seperti ini cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Sungguh pun lelaki sering ambil mudah dan tidak memandang serius terhadap sesuatu pekara, namun pekara sebegini bukanlah perkara main-main buat mereka.

  1. Selalu ingin berkepit

Lelaki juga ada hal-hal lain yang perlu diuruskan. Jika mereka bertemu dan berkenalan dengan gadis yang clingy atau suka menempel memang akan membuatkan mereka naik rimas. Tanyalah mana-mana lelaki, hanya 1/3 sahaja yang suka ‘melekat’ dengan kekasih mereka, selebihnya lebih suka buat haluan masing-masing.

  1. Terlalu gedik

Lelaki sangat menyampah dengan gadis yang terlalu mengada-ngada dan gedik. Mereka boleh naik rimas dengan gelagat yang dibuat-buat. Kalau manja seperti keanak-anakan mungkin mereka boleh sabar lagi, tetapi kalau benda kecil pun hendak merengek, jangan kata lelaki, perempuan lain pun akan rasa menyampah.

  1. Berleter tanpa henti

Jangan harap lelaki akan selesa berdamping dengan gadis yang kuat membebel. Lelaki sukakan kedamaian, mereka paling tidak suka hidup dalam keadaan tertekan. Jika tiada noktah dalam percakapan anda, silap-silap dia cari yang lain nanti.

  1. Suka mengkritik

Jangan kata sikap gadis yang kuat membebel sahaja dibenci oleh lelaki, malah mereka juga tidak suka dengan gadis yang suka mengkritik. Apatah lagi apabila mengomen tentang pakaian orang lain.

Perlu ingat ya, mereka bukan sahabat anda yang sanggup mendengar segala ‘leteran kosong’.  Kalau suka sangat mengkritik orang lain, jelas sekali menggambarkan perangai buruk anda itu.

  1. Suka mengarah

Gadis yang suka mengarah memang bukan pilihan si jejaka Malaya. Bagi mereka, maruah dan harga diri seorang lelaki akan jatuh sekiranya dikawal oleh seorang perempuan yang ala-ala ‘lady boss’. Jadi, sekiranya anda mahu hubungan anda berdua hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat, hentikan sifat anda yang suka mengarah-ngarah.

  1. Drama queen

Lelaki paling tidak selesa dengan perempuan yang suka beremosi apatah lagi melebih-lebihkan hal kecil di hadapan kawan-kawannya atau di tempat umum. Walaupun anda ingin ekspresikan perkara yang dirasa,namun hati-hati jangan sampai memalukannya. Ini kerana lelaki memang tidak suka dimalukan dengan cara sebegini.

  1. Kaki gosip

Kalau setakat membebel dan banyak cakap mungkin lelaki sudah faham sangat dengan perangai perempuan dan mereka layankan saja pasangan mereka itu. Tetapi lelaki akan benci dengan wanita yang kaki gosip dan seboleh-bolehnya mereka tidak akan mahu mendengar kalau anda hendak bercerita tentang keburukan seseorang, sama ada orang yang dia kenal atau tidak.

  1. Pendendam dan sering mengeluh

Wanita yang mempunyai sifat pendendam dan suka mengeluh sering kali dielak oleh lelaki. Sikap suka marah-marah di tempat umum memang akan membuatkan lelaki meninggalkan pasangannya. Lelaki lebih suka kepada wanita yang lemah lembut dan menghargai orang lain.

  1. Umpama warden asrama!

Amboi, garangnya! Ini tak boleh, itu tak boleh, ada sahaja yang tak kena. Jangan begitu, lelaki pasti akan cop anda sebagai seorang warden asrama. Perlu diingat, ‘big boy like to break the rules’. Lelaki tidak suka diikat dengan syarat-syarat, mereka suka bergerak bebas. Jika anda mengawal hidupnya pasti mereka akan lebih selesa memilih untuk hidup bersendirian daripada memiliki seorang kekasih seperti anda yang suka garang dan suka mengawal.

  1. Suka menunjuk-nunjuk

Kebanyakan lelaki suka hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Walaupun barang yang dipakainya berjenama, mereka lebih suka berdiam daripada menunjuk-nunjuk. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka tidak suka dengan pasangan yang suka menunjuk-nunjuk. Ini kerana mereka takut jika mereka dikatakan bercinta dengan perempuan ‘pisau cukur’ walaupun hakikatnya dia langsung tidak pernah keluarkan sesen pun untuk pasangannya.

  1. Badan dan mulut berbau

Walaupun lelaki agak serabai dan selekeh, mereka tidak suka pasangan mereka juga begitu!  Bagi mereka, penting seorang gadis menjaga kebersihan diri dan tidak berbau. Mereka sangat malu mempunyai pasangan yang berbau. Jadi, jika anda mempunyai masalah seperti itu, cepat-cepat tanganinya.

  1. Tidak flexible

Jika anda seorang yang susah membiasakan diri dengan keadaan semasa,  jangan harap seorang lelaki akan jatuh cinta dengan anda. Mereka lebih suka mempunyai pasangan yang lebih flexible.

  1. Kuat mengeluh

Bila susah sedikit, anda sudah mengeluh. Sekali dua mungkin si dia akan faham. Tapi ini setakat bos suruh siapkan kerja dalam masa dua hari pun sudah macam-macam anda keluhkan, itu memang sudah melampau. Si dia pasti akan teragak-agak untuk menjadikan anda sebagai seorang isteri atau peneman hidupnya. Mana tidaknya, baru diberi cabaran sikit, sudah mengeluh. Bagaimana pula apabila anda terpaksa habiskan masa sepanjang hidup dengannya?

  1. Terlalu bergantung pada pasangan

Terlalu bergantung pada pasangan juga dibenci oleh lelaki. Memanglah mereka selalunya suka menunjuk ‘hero’ di depan pasangannya. Tapi, kalau setakat hendak pergi kedai pun dia terpaksa menghantar dan mengambil, itu sudah menyusahkan namanya. Lelaki tidak suka perkara-perkara yang menyusahkan diri mereka.

  1. Tidak jujur

Paling dibenci lelaki apabila seorang perempuan yang disukainya berlaku tidak jujur di hadapannya. Mereka tidak suka ditipu walaupun hakikatnya mereka menipu. Mereka pasti akan naik berang jika anda beritahu sesuatu yang tidak jujur. Tidak percaya? Cubalah.

IMG_20171206_114610-150x150 Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #ciri wanita #ciri-ciri gadis yang dibenci lelaki #ciri-ciri gadis yang lelaki elak untuk jadikan isteri #Ini ciri-ciri dan jenis perempuan yang dibenci lelaki #jenis-jenis gadis yang dibenci lelaki #lelaki menyampah dengan jenis-jenis perempuan ini #perangai perempuan yang paling dibenci #perangai wanita #perangai wanita yang dibenci lelaki #perangai-perangai gadis yang membuat lelaki menyampah #punca-punca gadis ditinggal lelaki #sifat perempuan yang tidak disukai lelaki #sikap-sikap wanita yang paling dibenci lelaki

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki"