Ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat, pelbagai inisiatif dilakukan oleh semua pihak untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kelansungan hidup. Melakukan kerja sambilan atau kerja separuh masa menjadi alternatif terbaik dalam meringankan bebanan tersebut.
Menariknya, kerja-kerja sambilan hari ini bukan hanya menjadi pilihan suri rumah dan pelajar universiti semata-mata malahan pejawat-pejawat awam dan kakitangan swasta. Persoalannya, kerja sambilan yang mana menjadi pilihan anda?
Jangan khuatir! Berikut penulis kongsikan mengenai lima kerja sambilan yang boleh menjanakan pendapatan buat anda. Let’s find out!
1. Berniaga Online
Bagi anda yang aktif menggunakan platform seperti Facebook atau Instagram, apakata gunakan media-media sosial berkenaan untuk berniaga. Dengan berniaga secara atas talian atau online, anda boleh lakukannya pada bila-bila masa atau dimana-mana sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh menjual makanan, pakaian atau minyak wangi. Apa jua yang dijual nanti, pastikan produk atau barang berkenaan berkualiti dan tidak rosak.
Tahukah anda, ramai selebriti popular dunia termasuklah di Malaysia turut menggunakan media media sosial untuk memasarkan produk-produk mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fazura.
2. Penulis Sambilan
Jika anda jaguh menulis, inilah peluang keemasan untuk memperolehi wang sampingan dengan hasil penulisan kreatif anda.
Banyak peluang-peluang pekerjaan berkaitan penulisan terdapat di portal-portal carian kerja kosong yang menawarkan pendapatan yang lumayan seperti Content Writer, Copy Writer dan Penterjemah (Translator).
Paling penting, jangan sesekali meniru bulat-bulat artikel milik orang lain. Gunalah imaginasi dan kreativiti anda sendiri.
3. Jurugambar Sambilan
Buat anda yang suka menangkap gambar atau merakam momen-momen indah, gunakan kemahiran ini untuk mendapat duit tepi.
Sebagai contoh, anda boleh jadi jurugambar untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau sambutan hari jadi orang-orang terdekat seperti saudara-mara atau sahabat anda. Jadikan foto-foto itu sebagai portfolio untuk menarik pelanggan-pelanggan seterusnya.
Untuk pengetahuan semua, kerjaya sebagai jurugambar atau photografer semakin menjadi pilihan anak muda hari ini sama ada secara full time atau part time.
4. Jurumekap Sambilan
Salah satu kerja sambilan yang mendatangkan keuntungan buat yang mahir dalam teknik solekan dan tatarias. Dengan solekan dan tatarias yang cantik, pastinya akan menarik pelanggan diluar sana untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan jurumekap profesional turut menggunakan platform media sosial dalam memperkenalkan bisnes mereka dengan memuatnaik video-video seperti tips atau petua-petua berkaitan solekan terkini serta produk kosmetik terbaru.
Bagi yang amatur, anda boleh mengikuti bengkel-bengkel solekan untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dalam menata rias wajah seseorang atau belajar sendiri menerusi saluran Youtube.
5. Promoter
Promoter merupakan kerja sambilan yang sering menjadi keutamaan buat pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa di Universiti dalam mencari rezeki sampingan.
Selain hujung minggu, kerja-kerja ini boleh dilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu kuliah. Pekerjaan seperti ini selalunya ditawarkan oleh kedai-kedai yang terdapat dalam pusat membeli-belah.
Untuk menjadi seorang promoter, anda mestilah pandai berkomunikasi, murah senyuman dan paling penting mempunyai tubuh badan yang cergas kerana anda akan berdiri sepanjang bertugas. Paling penting, bayaran gajinya dibayar secara per jam bukanlah per bulan. Jangan terkejut jika bayaran untuk seseorang promoter boleh mencecah RM100.00 sehari.
Secara kesimpulannya, pastikan anda bekerja dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab dalam apa jua pekerjaan yang dikerjakan. Semoga artikel ini dapat membuka mata anda untuk menjana pendapatan sampingan dalam meringankan kos sara hidup yang dihadapi hari ini.
Tags: #cara jana duit lebih #cara jana pendapatan sambilan #cari duit lebih #jana pendapatan anda #kerja sambilan #pekerjaan tambah pendapatan #pendapatan sampingan