Nampaknya, Jogja di Indonesia tidak kehabisan destinasi-destinasi pelancongan yang popular dan menarik para pelancong ke sana.
Bermula daripada adat budaya, alam semula jadi sehinggalah ke makanan tradisional, semuanya ada di bandar raya yang pernah menjadi ibu kota negara Garuda ini satu masa dahulu.
Tidak hairanlah, Jogja penuh sesat dengan para pelancong tempatan dan antarabangsa apabila hujung minggu atau cuti panjang.
Untuk kali ini, penulis senarai 5 destinasi menarik Jogja buat anda yang bakal bercuti di sana nanti. Take a look!
1. Pantai Timang
Rugi jika bercuti ke Jogja jika tidak singgah ke Pantai Timang. Pantai ini merupakan salah satu destinasi popular dan wajib dilawati para pelancong saat melancong ke sini. Di pantai ini, terdapat satu gondola kayu atau kereta gantung yang boleh anda gunakan untuk menyeberangi laut ke pulau kecil di hadapannya yang dikenali sebagai Pulau Timang. Dari gondola kayu ini anda boleh menikmati panorama sekitar pantai yang unik dan eksotik.
2. Kebun Buah Mangunan
Bagi anda yang gemar berswafoto atau fotografi, Kebun Buah Mangunan yang terletak di Mangunan, Kecamatan Dlingo, Kabupaten Bantul, Jogjakarta menjadi pilihan terbaik untuk dikunjungi. Terkenal dengan nama julukan ‘Negeri Di Atas Awan’, di sini anda boleh melihat pemandangan lembah hijau dan selimut kabus yang menjadikannya kelihatan seperti tanah di atas awan. Destinasi ini mencapai ketinggian lebih kurang 200 meter dari permukaan laut dimana para pengunjung boleh menikmati keindahan gumpalan awan membalut pergunungan Sewu.
3. Candi Rara Jonggrang
Terletak di Bikoharjo, Prambanan, Candi Rara Jonggrang merupakan kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Dibina sekitar tahun 850 masihi, candi yang turut dikenali sebagai Candi Prambanan mempunyai tiga bahagian iaitu candi Siswa, candi Brahman dan candi Wisnu dimana setiap satu candi mempunyai pendamping tersendiri. Menurut sejarah, candi ini telah dibina oleh Pangeran bernama Bandung Bondosowo yang jatuh hati pada seorang puteri Rara Jonggrang. Menariknya, destinasi sejarah ini pernah menjadi lokasi pengambaran bagi filem Hollywood berjudul The Philosophers yang ditayang di seluruh dunia pada 2013 lalu.
4. Hutan Wisata Kalibiru
Hutan Wisata Kalibiru yang terletak di kawasan Bukit Menoreh, Kulon Progo ini merupakan tempat pelancongan yang kontemporari kerana tempatnya sangat unik dan diburu oleh para pelancong dari seluruh dunia. Ramai blogger dan jurufoto datang ke sini untuk mengabadikan gambar keindahan suasana di sini seperti bergambar kenangan di rumah pohon berlatarbelakangkan bukit-bukau dan Waduk Sermo. Sebelum ke sini, anda perlu bersiap sedia untuk beratur panjang kerana dikunjungi ramai para pengunjung terutamanya di hujung minggu.
5. Watu Lumbung
Untuk anda yang suka minum kopi, bolehlah berkunjung ke kafe buluh Watu Lumbung yang beroperasi di kawasan bukit di daerah Kretek, Bantul. Terdapat banyak kafe dibuka di sini yang dihiasi dengan interior daripada buluh. Di sini, anda boleh menikmati kopi sambil menyaksikan panorama matahari terbenam. Cool right!
Tags: #Destinasi Wajib Singgah Kala Bercuti Di Jogja #Jogjakarta #Jom Bercuti Ke Jogja #Lokasi Menarik Di Jogja #Tempat Menarik Di Jogja Indonesia #Tempat Wajib Singgah Di Jogja #tempat wisata di jogja terbaru #tempat wisata di jogja yang wajib dikunjungi #wisata jogja kota #wisata jogja terbaru 2017 #yogyakarta #yogyakarta city #yogyakarta indonesia points of interest #yogyakarta travel #yogyakarta wikipedia