Infomasi Tentang Pokok Ketum Mitragyna speciosa

Daun Ketum, Pokok Ketum

Pengenalan Pokok Ketum

Pokok Ketum atau juga disebut Pokok Biak, dari keluarga Rubiaceae atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa, juga dikenali sebagai ketum atau kratom. Ia tumbuh secara liar di hutan-hutan di Malaysia. Ia banyak didapati di negeri seperti Perlis, Kedah, Perak dan Terengganu.

Bagi kebanyakan masyarakat, secara tradisinya, daun ketum dianggap dapat membantu menambahkan tenaga dan mengembalikan kesegaran setelah melakukan pelbagai aktiviti berat seharian. Selain dimakan segar seperti mengunyah daun sireh, daunnya boleh dikeringkan dan direbus sebagai tonik. Ia bertujuan untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot atau sakit-sakit sendi dan lelah. Manakala akarnya diracik, dikeringkan dan air rebusannya boleh mengurangkan simptom-simptom penyakit darah tinggi (high blood pressure) dan kencing manis (diabetes).

Memandangkan isu berkenaan daun ketum kini dikatakan mempunyai nilai pasaran yang tinggi di luar negara, cadangan penanaman ketum secara komersil mula di utarakan oleh agensi RISDA. Ia mungkin akan menjana pendapatan yang baik kepada pengusaha. Daun ketum juga dipercayai boleh digunakan sebagai ubat altenatif jika diproses.

Namun demikian, pada masa kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati daun ketum ini lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan. Pada masa ini kerajaan mengambil langkah untuk tidak mengizinkan pokok ketum ditanam secara komersial. Daun ketum juga jika disalahgunakan boleh menyebabkan ketagihan dan menimbulkan penyakit tertentu.

DSC0058222-768x1024 Infomasi Tentang Pokok Ketum Mitragyna speciosa

Pokok Ketum

kraytum2-1024x512 Infomasi Tentang Pokok Ketum Mitragyna speciosa

Daun Ketum

ketume Infomasi Tentang Pokok Ketum Mitragyna speciosa

Air Ketum yang siap diproses

Loading...

Tags: #air ketum #Apa Itu Daun Ketum #bahaya minum air ketum #benih pokok ketum #cara tanam pokok ketum #daun ketum #daun ketum cina #gambar Mitragyna speciosa #gambar pokok ketum #hukum minum air ketum #Images for daun ketum #info pasal pokok ketum #Infomasi Tentang Pokok Ketum #kebaikan daun ketum #keburukan daun ketum #kenapa orang minum air ketum #kesalahan memiliki daun ketum #kesan minum air ketum #khasiat air ketum #khasiat ketum #mabuk ketum #minuman ketum #Pengenalan Pokok Ketum #rebusan daun ketum

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Infomasi Tentang Pokok Ketum Mitragyna speciosa"