Ikuti 5 Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna

Ramadan, Bulan Sejuta Rahmat

Ramadan, bulan sejuta rahmat. Bulan istimewa ini kembali mengisi kalendar muslimin dan muslimat yang sememangnya menantikan kehadirannya saban tahun.

Lazimnya, kegiatan ibadah di bulan puasa dipergiatkan untuk mencari keredhaan-Nya. Untuk menjadi muslim yang sejati, penghulu segala bulan ini sangat berketepatan bagi melakukan perubahan diri.

Sebagai umat Islam, pastinya anda ingin mendapatkan sinar Ramadan yang penuh keberkatan dan lebih bermakna buat diri sendiri. Dengan beberapa perubahan sederhana, ibadah anda boleh mencapai titik maksimun selama menjalani bulan suci ini.

Berikut, penulis senaraikan lima cara mudah agar Ramadan anda jadi lebih bermakna.

1. Solat Diawal Waktu

Buat yang suka melewat-lewatkan waktu solat, inilah masa yang sesuai untuk anda menggubah kebiasaan tersebut.

Jadikan azan sebagai penanda untuk menghentikan urusan kerja atau kuliah buat seketika untuk mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah SWT.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” – (Surah Al-Baqarah ayat 186).

Di samping itu, anda juga boleh melipatganda ibadat puasa dengan menunaikan ibadah sunat seperti Solat Terawih, Solat Dhuha dan Solat Tahajud.

2. Membaca Al-Quran

Gantikan waktu makan tengahari anda dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca dan menghafal al-Quran.

Anda boleh luangkan masa sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit untuk membaca kitab suci Allah ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”
– (HR. Tirmidzi)

Jika sebelum ini, anda hanya membacanya dalam bahasa Arab. Di bulan Ramadan ini, apakata anda cuba membaca terjemahan, memahami maksudnya dan mengambil pengajarannya untuk jalani kehidupan kita sehari-hari.

Selain mendapat ganjaran pahala, Allah juga mengangkat darjat orang-orang selalu membaca al-Quran terutamanya di bulan Ramadan.

3. Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” – (HR. Tirmidzi).

Dalam Islam, sedekah merupakan salah satu amalan mulia yang mengundang pintu rezeki dan rahmat Allah SWT.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah sebagai tanda mensyukuri nikmat ilahi khususnya di bulan istimewa ini.

Sebagai contoh, anda juga boleh sedekahkan wang, makanan atau pakaian kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal atau asnaf.

Amalan terpuji ini sedikit sebanyak memberi sinar kebahagian kepada si penerima untuk meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari tangan yang menerima.

4. Menghadiri Majlis-majlis Ilmu Agama

Pelbagai majlis ilmu agama seperti ceramah, tazkirah atau bual bicara diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Isilah masa bersama keluarga atau sahabat dengan menghadiri ke majlis-majlis agama berdekatan anda untuk memperolehi informasi dan ilmu berkaitan agama dan kerohanian.

Aktiviti sebegini dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di bulan yang mulia ini.

5. Jaga Cara Berpakaian Agar Tidak Terlalu Terbuka

Bukan sahaja menjaga perilaku diri sendiri, anda juga mempunyai kewajipan dalam menghargai dan menghormati orang lain yang menjalani ibadat puasa.

Salah satu caranya adalah dengan menjaga cara berpakaian anda agar sopan, tidak menjolok mata dan menutup aurat apabila berdepan dengan masyarakat.

Dengan cara ini, anda telah membantu orang lain dalam menjaga pandangan mata dan mulut mereka.

Sebagai contoh, gantikan baju T-shirt tanpa lengan dan seluar jeans ketat kesayangan anda selama sebulan dengan pakaian yang lebih longgar dan besar sedikit.

Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan menunjukkan bahawa anda seorang yang cukup matang untuk tidak pentingkan diri sendiri dan memikirkan ibadah orang lain.

Kesimpulannya, mencipta ibadah puasa yang lebih bermakna tidak sesulit apa yang dibayang oleh anda semua. Dengan niat yang betul dan ikhlas, pastinya anda akan berjaya. Insya-Allah.

azlan-150x150 Ikuti 5 Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #amalan baik dibulan ramadan #bulan ramadan #Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna #kegiatan ibadah bulan ramadan #menyambut bulan ramadan #perkara baik di bulan ramadan #Ramadan 2017

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Leave a reply "Ikuti 5 Cara Mudah Ini Agar Ramadan Anda Lebih Bermakna"