Pelbagai kaedah dilakukan untuk menyelesaikan masalah banjir, namun jika bencana banjir tiba kawasan yang biasanya kering semasa hari biasa dan akan dipenuhi air ketika musim hujan. Longkang tersumbat dan masalah air laut pasang besar juga merupakan masalah yang menyumbang kepada masalah banjir terutama kawasan pedalaman berdekatan sungai.
Justeru kawasan yang rendah, berhampiran sungai tidak sesuai di dirikan rumah kediaman dan ini menyebabkan harganya menjunam turun. Lihat saja banjir di Thailand yang berlaku akhir beberapa tahun lalu sehingga awal tahun ini bukan saja menyebabkan kerugian harta benda malah mengorbankan nyawa.
Bagi mengatasi masalah banjir yang melanda kawasan kediaman, pelbagai altenatif difikirkan seperti membina rumah kediaman yang tinggi. Kebiasaannya harga hartanah akan turun apabila sesuatu kawasan sering dilanda banjir.
Malah selepas banjir, mangsa mengalami kerugian harta benda akibat barangan terendam dalam lumpur. Membina rumah yang tinggi adalah salah satu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi terutama di kawasan yang sering dilanda banjir. Tiada lagi pilihan lain.
Oleh yang demikian, suka untuk saya berkongsi berkenaan design atau rekabentuk rumah tinggi yang boleh dirujuk untuk tatapan pembaca.
Tags: #bina rumah elak banjir #corak rumah tinggi #design rumah tanah rendah #design rumah tinggi #idea bina rumah tinggi #idea rumah elak banjir #idea rumah tepi sungai #rumah tebing sungai #rumah tinggi #rumah tinggi menarik