Idea Rekaan Meja Solek
Kebanyakan kaum wanita sangat memerlukan ruang meja solek sebagai tempat untuk bersolek dan berdandan. Selain sebagai ruang solek, ruang ini juga boleh dijadikan tempat menyimpan aksesori dan barangan perapian seperti alat solek, minyak wangi dan lain-lain barangan keperluan wanita. Berikut ialah beberapa idea meja solek untuk anda.
Untuk menjadikan ruang lebih praktikal, sediakan laci aksesori dan meja berkaca supaya mudah untuk melihat aksesori di dalamnya. Sediakan juga banyak ruang penyimpanan dan cermin yang sesuai dengan ketinggian anda.
Jika ruang terlalu sempit, tidak perlu kerusi solek dan boleh letakkan lampu di belakang cermin supaya ruang lebih cerah.
Bermain dengan tekstur pada ruang. Gabungan pelbagai elemen mampu menciptakan karakter tersendiri pada ruang bersolek anda. Elemen seperti kaca (botol haruman & dulang hiasan), metal (bekas simpanan & kaki meja), kemasan lembut (kertas dinding, ambal dan fabrik membaluti bangku) dan kayu (meja & bingkai cermin) yang disuai padan dengan menarik memberi wajah berbeza buat pojok ini selain turut bertindak sebagai aksesori ruang.
Gabungan pelbagai elemen ini seperti pada contoh gambar di atas sangat sesuai untuk ruang yang sempit. Jika anda mempunyai daya kreativiti dan masa lapang, ruang bersolek daripada kayu pallet seperti di atas mampu membuat ruang bilik anda nampak menarik. Padankan warna pallet dengan warna dinding ataupun pilih warna yang kontra dengan dinding tetapi sama dengan aksesori lain seperti langsir, warna katil dan sebagainya.
Elemen warna sememang memainkan peranan penting. Padanan warna yang sedondon seperti dalam gambar di atas sudah cukup untuk menjadikan ruang bilik anda kelihatan elegan tanpa perlu gabungan elemen lain.
Ini pula adalah elemen warna yang kontra dengan dinding dan bilik. Untuk warna yang kontra atau berlawanan dengan dinding, idea yang baik adalah dengan memadankan warna elemen lain seerti botol kaca, minyak wangi, kemasan lembut, cermin dan sebagainya dengan warna yang sama dengan meja serta kerusi.
Ini pula hasilnya jika anda bermain dengan elemen warna yang sama dengan ruang.
Kita sememangnya banyak terinspirasi apabila melihat kepada visual-visual menarik selain ia turut berfungsi sebagai alat hiasan yang indah. Selain gabungan elemen warna, gabungan seperti buku, gambar berbingkai wajah selebriti anggun jelita mampu memperindah ruang solek anda. Bina para khusus untuk meletakkan hiasan begini atau jika meja solek anda bersaiz besar, letakkanya di satu penjuru.
Bungaan segar tidak hanya memberi aura menarik pada ruang, ia turut menyuntik warna mengikut pilihan anda. Tambah menarik lagi apabila bunga pilihan anda menebarkan aroma indah yang menemani anda saat berdandan.
Jika kamar beradu anda sudah mempunyai dinding yang dikhususkan sebagai ruang yang merangkumkan segala kenangan anda, ambil nafas dari ruang itu contohnya memilih cermin berbingkai yang seakan serupa dengan bingkai gambar pilihan anda.
Jadikannya multi fungsi. Tidak dinafikan kebanyakkan kediaman hari ini mempunyai ruang terhad untuk anda menciptakan pelbagai pilihan yang berkenan di dalam hati. Satukan ruang dandanan anda bersama ruang lain seperti ruang membaca atau ruang menulis dengan menggantikan kerusi atau meletakkan lampu meja pada ruang ini saat ia berubah fungsi.
Tags: #12 idea meja solek wanita #dekorasi kamar bilik #dekorasi meja solek #dekosrasi ruang solek #Idea meja solek pilihan #idea menarik untuk meja solek #idea menghias meja solek #idea menghias ruang solek #meja berdandan #meja hias diri wanita #meja solek #meja solek moden #meja solek ringkas #padanan warna ruang solek #ruang solek wanita #ruang solekan