Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Rumah Kontena

Membina sebuah rumah yang lengkap pasti memakan belanja yang besar bermula daripada proses penyediaan pelan sehingga selesai rumah dibina. Lain pula ceritanya apabila membina rumah hanya menggunakan barang terpakai seperti kontena. Kontena ini sebenarnya digunakan untuk menyimpan barang komersil bagi tujuan penghantaran menggunakan kapal kargo, kapal terbang ataupun melalui lori. Oleh yang demikian, ia sangat kukuh kerana peranannya sendiri ialah untuk menjaga kualiti barang yang disimpan di dalamnya.

Idea menarik ini pada peringkat awalnya dikatakan kurang popular kerana biasanya kontena barang dijadikan sebagai rumah kabin atau side office apabila sesuatu projek dijalankan, ia bertindak sebagai bilik pekerja atau majikan yang hadir bagi sesi lawatan tapak. Namun kini, penggunaan bahan terpakai seperti kontena ini menjadi salah satu alternative dalam menyediakan satu ruang atau bangunan yang menarik dan cantik.

Walaupun ruangan pada satu kontena tidaklah seluas mana tetapi cara pengayaan susunan kontena menjadikan beberapa kontena sebagai satu bangunan yang bertingkat-tingkat yang luas.

Selain itu penggunaan warna pada kontena dalam dapat menaikkan seri bahan yang lusuh ini sehingga ia kelihatan seakan-akan binaan yang unik untuk didiami. Pelbagai aksesori tambahan seperti frame tingkap, pintu, cermin serta pelantaian simen juga memberikan bentuk yang menarik.

Apa yang pasti, idea kreatif ini sangat praktikal untuk digunapakai bagi membina rumah kecil di dalam kawasan ladang mahupun sebagai satu rumah persinggahan di waktu lapang.

Pengayaan-sebuah-kontena-menjadi-bilik-tidur.-e1472986323110-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Rekaan-gerai-dari-kontena-juga-menarik-perhatian.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Rekaan-ringkas-dengan-pewarnaan-yang-menarik-pada-bahagian-luar-kontena-sebuah-rumah-kabin.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Rumah-kabin-daripada-kontena-ringkas-tanpa-pelantaian.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Rumah-kabin-dengan-pintu-slaiding-kaca.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Satu-kontena-yang-besar-sudah-memadai-untuk-menjadi-rumah-kabin-yang-lengkap.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Dua-kontena-diletakkan-mengiring-menyerlahkan-rekaan-rumah-kabin.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Susunan-kontena-yang-pelbagai-menjadi-rumah-kabin-ini-bertingkat.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Susunan-kontena-secara-kreatif-menjadikan-rekaan-rumah-kabin-sangat-unik.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Gaya-rekaan-rumah-kabin-corak-moden-dengan-pemasangan-tempered-glass.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Idea-kreatif-membina-rumah-kontena-menghasilkan-ciptaan-yang-moden.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Idea-rumah-kabin-dengan-gaya-santai.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Idea-rumah-kabin-seakan-caravan-yang-boleh-dibawa-kemana-sahaja.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Kontena-juga-boleh-dijadikan-sebagai-rumah-persinggahan.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

Kontena-sangat-kukuh-kerana-ia-tahan-lama.-300x300 Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena

 

Loading...

Tags: #idea bina rumah dari kontena #idea bina rumah kreatif #kontena sebagai rumah #rumah kabin #rumah kecil kontena. kabin kontena #rumah kontena

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Idea Kreatif Membina Rumah Kabin Kontena"