Family Planning

Family Plan

Pada kali ini akan diterangkan bagaimana membuat pengiraan basic berkenaan family planning. Ini berdasarkan pengiraan asas dan maklumat yang tepat. Mari kita tengok gambarajah. Harap-harap dapatlah aku memberi sedikit maklumat berguna untuk semua.

jadual-rancang-keluarga Family Planning

Kenapa aku letakkan umur ibu 35/36 tahun sebagai guideline. Kerana pada usia lebih 35 tahun, tahap kesuburan wanita menurun dan memberikan kemungkinan kecacatan baby dan lain-lain kesan yang tak baik kepada baby. Ini adalah kajian Kementerian Kesihatan.

Mari letakkan contoh, jika anda inginkan empat orang cahaya mata dan berkahwin dengan seorang wanita berumur 28 tahun.

Jika dikira umur ibu adalah 28 tahun. Nampaknya dia kena kerja keras sikit lah. Sebab nak kejar tempoh 7 tahun. Maknanya dia kena pregnant pada usia 29 tahun, 31 tahun, 33 tahun dan 35 tahun. Teruk tak?

Pada usia ibu mencecah umur 35 tahun, anak tersebut masing-masing sudahpun berumur 6 tahun, 4 tahun, 2 tahun dan seorang baby yang baru lahir. Semua masih belum masuk sekolah rendah lagi. Sebab kalau darjah satu adalah pada umur 7 tahun.

Ini jika ibu itu dapat deliver baby secara normal. Tempoh bertenang untuk next baby adalah 6 bulan seterusnya. Kalau ibu tu deliver baby secara pembedahan, dia akan ambik masa 3 tahun untuk next pregnant. So, sure lah tak sempat nak dapat empat anak. Kerana tempoh bertenang tu agak lama.

Dari segi kewangan pun, agak sukarlah pada peringkat permulaan jika hanya seorang sahaja yang mampu menjana kewangan. Jadi digalakkan ibu yang bekerjaya atau mempunyai pendapatan bagi menampung ekonomi keluarga. Itu lebih selamat kerana jika ditakdirkan umur suami pendek, siapa nak bagi makan kepada anak-anak nanti.

Di sini disimpulkan faktor -faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan tiada masalah untuk menjayakan misi ini ialah:

a) Kedua pasangan mempunyai pendapatan yang menjana ekonomi.

b) Umur pasangan (perempuan) bagi menjaga tahap kesuburan ibu. Lagi muda lagi bagus sebenarnya sebab tempoh masa untuk mencapai umur 35 tahun masih panjang.

c) Simpanan tetap perlu ada.

Namun begitu, faktor yang paling penting ialah (a)*

Walaupun pada awalnya nampak agak tenat tapi pada akhirnya, apabila sudah pencen pada usia 58 tahun, anak yang paling bongsu yang lahir pada usia ibu 35 tahun sudahpun berada pada peringkat universiti atau telah tamat pengajian. Maka, suami isteri dapat menikmati pencen dengan tenang tanpa menanggung kos pendidikan anak-anak lagi tanpa perlu mencari sumber lain untuk menampung pendidikan anak yang bongsu. Manakala, anak-anak yang pertama, kedua dan ketiga sudah pun melangkah alam pekerjaan dan mungkin telahpun berkahwin.

Loading...

Tags: #cara merancang kelahiran anak #cara rancang kelahiran dan usia ibubapa #family planning #jadual usia dan umur anak #kenapa perlu kahwin awal #nasihat cepat kahwin #umur dan kelahiran anak

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Family Planning"