Fakta Menarik Sifat Lelaki Yang Setia Kepada Pasangan

Fakta Menarik Sifat Lelaki Yang Setia Kepada Pasangan

Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan mereka seorang yang setia. Kesetiaan adalah salah satu rencah utama dalam membina hubungan percintaan. Tanpa kesetiaan, hubungan yang dibina pasti bergolak dan akhirnya terputus. Tetapi di media sosial, ternyata ramai wanita yang meluahkan rasa kecewanya terhadap lelaki. Pasti sahaja lelaki dikaitkan dengan buaya darat, curang, kaki perempuan dan segalanya yang negatif.

Ada yang menganggap lelaki yang baik dan setia telah pupus. Tapi, bukan semua lelaki adalah sama, kerana jika semuanya sama, tidak mungkin wanita berasa susah untuk membuat pilihan. Pilih saja mana-mana lelaki jika semuanya sama. Tetapi sebenarnya, tidak semua lelaki sama. Masing-masing mempunyai hati, keperibadian, sifat dan sikap yang berbeza. Masih ada lelaki yang setia dan penyayang. Oleh itu wahai wanita, kaji dan selidik dahulu tanda-tanda ini untuk mengetahui si dia setia atau tidak sebelum dijadikan pasangan hidup.

Fakta menarik sifat lelaki yang setia

  1. Matanya tidak melilau. Melihat wanita lain adalah perkara yang biasa bagi lelaki walaupun sedang bersama dengan pasangan. Anda sebagai wanita pasti risau akan situasi ini. Namun andai pasangan anda jaga padangan dengan tidak memandang wanita lain, itu adalah petanda bahawa dia lelaki yang setia.
  2. Lelaki yang setia bersifat terbuka dan jujur. Jika anda bercinta dengan lelaki yang jujur dan bersifat terbuka, itulah pilihan yang terbaik.
  3. Lelaki yang setia tidak menggoda wanita lain. Lelaki yang setia tidak akan permainkan perasan wanita yang disayanginya. Andai lelaki itu gemar menggoda dan bermain cinta dengan wanita lainwalaupun ketika itu dia masih ada hubungan dengan anda, lelaki ini bukanlah yang setia.
  4. Lelaki yang setia tidak ada gosip dengan wanita lain. Jika pasangan anda itu adalah kaki perempuan, anda akan dengar pelbagai cerita yang tidak elok tentang pasangan anda dari orang lain. Oleh itu, menjadi kemestian untuk anda selidik terlebih dahulu siapa bakal pasangan anda.
  5. Jika benar lelaki itu setia dan serius dengan anda, pastinya dia sudah membuat perancangan untuk anda berdua. Si dia akan bekerja keras untuk menikahi anda.

Ciri -ciri lelaki setia berdasarkan tahapan perhubungan

  1. Ketika berkawan dan berteman dengan anda :
  • Jujur dan tidak pernah berbohong
  • Menepati janji
  • Menghargai teman
  • Tidak membicarakan sisi buruk orang lain
  • Membicarakan masa depan dengan anda
  • Tidak suka bergaul dengan wanita-wanita lain
  • Tidak pernah berkata-kata kasar
  1. Ketika dalam fasa mendekati atau mengurat anda :
  • Tidak berlebihan
  • Tidak selalu mendewakan anda
  • Balance antara temannya dan anda
  • Tidak suka berbohong
  • Tidak memuji berlebihan
  • Tetap mengutamakan orang tuanya
  • Tidak pernah menyombongkan diri
  1. Ketika bercinta dan berpacaran dengan anda :
  • Tidak ‘mengayat’ wanita lain
  • Tidak membicarakan wanita lain
  • Mengutamakan orang tua
  • Balance antara temannya dengan diri anda.
  • Jujur apa adanya
  • Menceritakan latarbelakang keluarganya dengan anda
  • Tidak pernah menyombongkan dirinya berlebihan
  • Mahu mendengarkan kisah anda
  • Anda mengetahui aktiviti dan rutinnya
  • Mahu memahami keluarga anda.
  1. Ketika sudah menjadi suami anda :
  • Memberikan informasi kewangan dirinya pada anda
  • Anda mengetahui seluruh pendapatan dan pengaliran wangnya
  • Tidak membicarakan wanita lain
  • Banyak masa di rumah
  • Jarang pergi keluar rumah dengan temannya
  • Anda mengetahui setiap rutinnya
  • Tidak marah-marah tanpa alasan dan sebab yang jelas
  • Anda mengetahui selok belok mengenai rakan-rakan dan temannya
  • Menyayangi anda setiap hari
IMG_20171206_114610-150x150 Fakta Menarik Sifat Lelaki Yang Setia Kepada Pasangan

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #ciri ciri lelaki baik #ciri ciri lelaki matang #ciri ciri lelaki setia dan penyayang #ciri setia #ciri-ciri lelaki setia #ciri-ciri lelaki setia berdasarkan tahap perhubungan #Ciri-Ciri Pria Setia Baik Hati dan Bertanggung Jawab #ciri-ciri suami setia #fakta menarik tentang lelaki yang setia #kesetiaan #lelaki setia sukar dicari #lelaki yang setia #Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan #Tanda Lelaki Sayang dan Setia Kepada Pasangan #tanda lelaki serius ingin menikah #tanda lelaki setia dan jujur

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.