Fakta Menarik Individu Kidal Yang Patut Anda Tahu!

Menarik Tentang Individu Tangan Kidal

Kidal, atau bahasa saintifiknya sinistrality bermaksud seseorang individu yang lebih suka menggunakan tangan kiri daripada tangan kanan. Melakukan rutin harian terutamanya menulis menggunakan tangan kiri menjelaskan perlakuan itu berbeza daripada biasa. Namun, menulis sahaja tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang itu kidal atau tidak kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan tangan kirinya.

Kira-kira 8 hingga 15% daripada penduduk dewasa adalah kidal. Pelbagai kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa tangan kidal lebih umum ditemui dalam kalangan lelaki daripada perempuan dan lebih banyak dalam kalangan golongan heteroseksual dibandingkan dengan golongan homoseksual.

Dibandingkan dengan masyarakat umum, tangan kidal sering berlaku dalam kalangan kembar seiras dan sejumlah kelompok orang yang mengalami gangguan neurologi (epilepsi, Sindrom Down, autisme, terencat mental dan lain-lain). Dari segi statistik, seseorang yang memiliki saudara kembar yang kidal mempunyai 76% kemungkinan untuk juga kidal.

Fakta Menarik Individu Kidal

Dipetik dari www.hmetro.com.my, National Geographic mengeluarkan kenyataan menjelaskan jumlah individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan ini dikatakan 10 peratus daripada penduduk dunia. Ia bermaksud 10 peratus daripada 6.7 billion populasi di dunia hari ini.

Cenderung untuk menjadi genius

Dilaporkan, individu kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk menjadi genius. Menurut statistik, lebih 20 peratus dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia dilaporkan kidal. Selain itu, turut dilaporkan empat dari lima pereka bentuk komputer Mac adalah kidal.

Lebih cepat emosi

Kajian dari Universiti Abertay Scotland menjelaskan orang kidal cenderung lebih bersetuju dengan penyataan seperti, “Saya khuatir membuat kesalahan” ataupun “Kritikan anda membuatkan saya sakit hati”. Penyelidik, Dr Lynn Wright yang menjalani kajian itu di Dundee, Scotland percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal lebih cepat bimbang berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan iaitu lebih cepat bergerak. Bagi individu istimewa ini, otak kanan mereka lebih dominan dan bahagian inilah yang mengendalikan aspek negatif dan emosi,” katanya. (www.hmetro.com.my)

Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Penceramah keibubapaan, Profesor Dr. Rozieta Shaary berkata, perlakuan kidal berlaku apabila seseorang individu itu menggunakan otak kanan secara dominan. “Otak manusia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri yang mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal pergerakan tubuh badan. Otak sebelah kanan akan mengawal bahagian badan sebelah kiri dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Fakta ringkas tentang kidal

  • Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
  • Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
  • Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.
  • Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
  • Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
  • Terdapat beberapa tokoh terkenal juga bersifat kidal Antaranya tokoh keagamaan, Mahatma Ghandi, saintis terkenal Albert Einstein, ahli falsafah Aristotle dan bekas presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
  • Kebanyakan ibu bapa pada tahun 70-an dan 80-an yang keberatan anaknya kidal akan memaksa anaknya yang kidal itu untuk menggunakan tangan kanan. Tetapi sekarang diketahui bahawa orang kidal lebih unggul, seperti menjadi juruterbang atau kemampuan berbicara dan mengemudi pada saat yang sama. Tetapi sebaliknya ibu bapa moden di Amerika ketika ini didapati 90% inginkan anaknya kidal kerana pelbagai kelebihannya.

 

Rujukan :

https://www.hmetro.com.my
http://pejuangmelaka.blogspot.my
http://www.aynorablogs.com
Loading...

Tags: #ciri-ciri individu kidal #ciri-ciri orang kidal #fakta kidal #Fakta ringkas tentang kidal #fakta tentang kidal #keistimewaan golongan kidal #kelebihan orang kidal #kidal #kidal maksud #lebih suka menggunakan tangan kiri daripada tangan kanan #lefthanded #menarik tentang individu tangan kidal #orang kidal #personaliti orang kidal #sifat peribadi individu kidal #tangan kidal #tarikh hari kidal sedunia #tokoh-tokoh ternama yang kidal #uniknya kidal

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.