Kacak, Sado dan Berbakat! Itulah tiga perkataan yang terlintas di fikiran penulis apabila berbicara tentang pelakon popular tanah air iaitu Fahrin Ahmad.
Sukses dalam karier lakonan dan pengacaraan, lelaki berusia 38 tahun ini sangat bijak dan stailo apabila berfesyen.
Bukan sahaja mementingkan penampilan, suami kepada Elena Hani Eleas ini juga menitikberatkan soal kesihatan diri terutamanya dari segi pemakanan sehari-hari.
Dipetik dari Harian Metro, Fahrin Ahmad berkongsi 5 tips mudah untuk tampil fit dan sihat buat tatapan pembaca. Take a look guys!
1. Bersenam Di Gimnasium
“Setiap kali ada masa terluang, saya akan ke gimnasium untuk bersenam 45 hingga 60 minit. Saya tidak akan melakukan senama kardio atau regangan serentak kerana bersenam di gimnasium memerlukan intensiti yang tinggi. Justeru, lebih baik memberi tumpuan pada satu-satu bentuk latihan saja untuk impak berkesan. Kebiasaannya, saya ke sana dalam tiga atau empat kali seminggu,” katanya.
2. Tidak makan nasi putih
“Saya sudah lebih setahun tidak menjamah nasi putih. Kalau teringin, saya biasanya hanya akan makan nasi beras perang atau hitam yang tidak berkanji,” jelasnya.
3. Kurangkan Daging, Lebihkan Makan Sayur
“Saya turut mengamalkan tips kesihatan selebriti antarabangsa dan ahli sukan iaitu kurangkan makan daging. Bagi menggantikan daging, saya memakan ikan yang kaya dengan pelbagai khasiat. Saya kini sangat gemarkan makan sayur dan memastikan ianya menjadi makanan utama dalam rutin pemakanan harian,” katanya.
4. Banyak Minum Air Suam
“Saya juga tidak minum air berkarbonat termasuklah teh tarik. Minum air suan sudah memadai bagi saya,” jelasnya.
5. Tidur Yang Mencukupi
“Tidak terkecuali, saya juga pastikan mendapat tidur yang cukup. Ia penting untuk kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda. Apabila badan mendapat tidup yang cukup, secara automatiknya kita berasa sihat apabila bangun pagi hari,” katanya.
Tags: #Fahrin Ahmad #Petua Kecergasan Fahrin Ahmad #rahsia sihat fahrin ahmad #Tampil Sihat Macam Fahrin Ahmad #Tips Fit & Sihat Fahrin Ahmad #Tips Kesihatan Fahrin Ahmad