Di Malaysia ikan siakap mempunyai dua jenis spesis utama, iaitu siakap putih (Barramundi) dan siakap merah (Mangrove Jack atau MJ). Ikan Siakap mempunya bentuk dan kekuatan tarikannya yang sangat hebat sehingga ia menjadi ikan favorite bagi kaki pancing.
Ikan siakap hidup di dalam kedalaman air sekitar 2-8 meter dan di kawasan berbatu-batu, karang, struktur konkrit , sekitar kayuan serta buluh atau di sekitar akar-akar bakau yang tepat sekali adalah di kuala sungai dan tepi laut. Kebanyakan spesis siakap ini mendiami kawasan muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.
Teknik Memancing Ikan Siakap
- Ketahui waktu paling sesuai memancing ikan siakap
Waktu makan ikan siakap biasanya bermula dari jam 4.00pm hingga ke 6.00pm dan kemudian pada jam 11.00pm hingga 12.00pm
- Faktor ikan siakap mula membaham umpan
Keadaan air juga mempengaruhi faktor pemakanan ikan siakap. Saat air pasang naik ikan siakap mula makan. Ketika air pasang penuh Siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai turun dan maksima pada titik bawah, ikan siakap mula makan sekali lagi.
Pada keadaan air bertahan (ada lapisan lumut/plankton tipis di permukaan) ikan siakap jarang ada yang mahu makan. Ini disebabkan oleh bahan yang bergerak akan menimbulkan semacam sinar di permukaan yang membuat ikan siakap menjauhkan diri.
- Umpan paling mujarab memancing ikan siakap
Umpan yang paling mujarab untuk memancing ikan siakap adalah menggunakan udang putih. Selain lebih kuat berenang, udang putih matanya akan lebih bersinar di dalam air pada waktu malam. Ada juga yang menggunakan ikan belanak tapi umpan ikan belanak biasanya digunakan di waktu malam yang mempunyai cahaya bulan yang terang.
- Teknik ringkas memancing ikan siakap
Cara memancing Siakap secara tradisional dengan menggunakan umpan udang putih biasanya dengan kekuatan joran sekitar 7′ carbon atau fiber menggunakan spesifikasi fast action. Tali mono standard 25lb. Mata kail, kalau Mustad Saltwater gunakan lah yang saiz no. 1 atau 2.
Ikat mata kail dengan perambut sekitar 15cm hingga 20cm. Tusukkan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang. Tidak perlu diberi pemberat kecuali mancingnya di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.
Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak, gewang sama ada melalui kaedah lontaran atau tundaan. Selalunya kaedah tundaan selalu membuahkan hasil. Kalau memancing menggunakan reel maka pagar reel (bail arm) perlu dibiarkan terbuka.
Ini kerana tali harus terus terkeluar bebas mengikuti udang yang berenang. Lepaskan tali keluar dengan menggunakan jari. Akan lebih mudah jika menggunakan kelongsong. Berhati-hatilah dalam mengawal tali yang yang keluar ini, tidak boleh terlalu kuat kerana semasa udang disambar siakap, tali ini akan keluar terlalu pantas.
Siakap biasa menyambar umpan dan akan membawa lari umpan tersebut, tapi udang masih dikepit di bibir dengan posisi kepala di dalam mulut ikan tersebut. Kalau semasa sambaran pertama tali sedikit sangkut oleh jari, udang ini akan terus dilepaskan oleh siakap, dan jika ini terjadi gantilah udang tersebut dengan udang yang baru. Ketika siakap pertama kali menyambar udang, pedang udang itu akan dipatahkan.
Menurut pengalaman, siakap tidak lagi tertarik untuk menyambar udang dengan pedang yang telah patah.
- Penggunaan umpan tiruan atau gewang memancing ikan siakap
Memancing dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim.
Biasanya minnow untuk memancing siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang. Contoh gewang Rapala Barra, X-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan sewaktu memburu ikan siakap.
Tags: #cara nak pancing siakap #Faktor ikan siakap mula membaham umpan #info pasal mancing siakap #mancing ikan kakap #mancing ikan siakap #pancing ikan #siakap putih #teknik mancing dan umpan siakap #teknik pancing siakap sungai #Umpan paling mujarab memancing ikan siakap #umpan tiruan atau gewang memancing ikan siakap #waktu mancing siakap #waktu paling sesuai memancing ikan siakap