Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Petua Mata Rabun Silau

Petua Elak Mata Cepat Rabun

Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun. Rabun adalah suatu penyakit mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Rabun terbahagi kepada 2 jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Mata menjadi rabun akibat selalu menonton televisyen, menghadap komputer terlalu lama, atau kurang vitamin. Anda mengalami mata rabun? Petua dan tips ini mungkin akan jadi salah satu penawar bagi anda yang ada masalah rabun mata.

  • Lobak merah

Lobak-merah-1 Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

  • Bawang Putih dan Bawang Merah

bawang Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

  • Wap nasi

wap-nasi Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

  • Sawi

sawi Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

  • Teh

teh Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

  • Brokoli

brokoli Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Brokoli mengaktifkan enzim anti-radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

  • Kacang Walnut

walnut Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

  • Tomato

tomato Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

  • Kacang Soya

soya-asli Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

  • Telur

telur-ayam-AAA Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!

Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Loading...

Tags: #bendung masalah mata rabun #elak mata rabun #makanan baik untuk kesihatan mata #makanan baik untuk mata #makanan baik untuk mata rabun #mata #mata rabun #mata rabun memandu #mengatasi mata rabun #mengurangkan rabun mata #penglihatan kabur #penjagaan mata #petua mata rabun #rabun mata #tips mengurangkan mata rabun

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!"