Sewaktu perjalanan ke sana dari bandar Kota Kinabalu, pemandangan puncak gunung Kinabalu pasti menjadi tatapan saya. Bila kenderaan membelah laluan dipinggir puncak tertinggi di Asia Tenggara, cuaca juga menjadi agak sejuk dan berkabus. Dah macam kat Genting plak.
Jangan lepaskan peluang bergambar dengan “background” Gunung Kinabalu. Jadikan memori ini sebagai koleksi dalam album gambar anda.
Destinasi saya seterusnya ialah ke Sungai Moroli terletak di Kampung Luanti, Ranau. Apa yang menarik di sini adalah kita akan dapat menyaksikan satu kaedah pemuliharaan spesis ikan Kelah. Sistem ini dipanggil sistem “Tagal”. Sistem tagal adalah satu kaedah dengan menutup satu kawasan tertentu daripada semua jenis aktiviti menangkap ikan. Biasanya tagal dilakukan di kawasan habitat asal spesis ikan tersebut.
Kawasan yang ditutup dengan cara Tagal ini menempatkan ikan spesis asal. Pemberian makanan dilakukan secara berjadual dan ikan dibiarkan bebas tanpa halangan. Apabila ikan liar sudah biasa dengan cara ini, ia tidak akan lari dari kawasan ini kerana tiada ancaman dan mempunyai sumber makanan yang banyak.
Pengwujudan kawasan Tagal memerlukan masa, kesepakatan dan kerjasama semua pihak di kawasan terbabit.
Keperihatianan dan kesedaran komuniti di sini mewujudkan sistem Tagal memberikan satu sumber pendapatan kepada penduduk di sini melalui kegiatan pelancongan serta pemuliharaan spesis ikan kelah.
Dengan kadar bayaran sekitar RM 5.00, kita akan berpeluang mendekati spesis ikan Kelah. Dengan dibekalkan makanan khas, kita berpeluang memberi makan ikan di tapak tangan sendiri. Sangat menarik sebenarnya pengalaman ini. Sukar untuk saya gambarkan di sini.
Kalau berani, boleh mandi bersama ikan Kelah. Tapi, tengok pada saiz, rasa macam seram juga. Silap hari bulan kena gigit kat situ. Tak dapek den nak nolong..
Itu sahaja aktiviti saya di sekitar sini. Ok, badan dah rasa penat dan lapar, saya tak sabar nak balik hotel. Nak rest secukupnya dan makan sepuas hati sebelum bertolak pulang ke semenanjung. Insyallah saya akan menyambung lagi edisi ronda yang seterusnya.
Gambar menarik Kundasang – Ranau – Kampung Luanti – Tagal
Tags: #destinasi pelancongan ranau #gambar sistem tagal kelah di kampung luanti #ikan kelah makan ditangan #kampung luanti #kelah sabah #kundasang #ranau #ranau sabah #sabah #sistem tagal #tagal di kampung luanti #tagal di sungai moroli #tagal sungai moroli luanti sabah #tempat menarik di ranau