Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Pasar Filippin

Selamat datang ke Kota Kinabalu, Sabah. Besar juga Bandar Kota Kinabalu ni. Jakun tak saya? Takpe. Janji dah pijak kaki di Kota Kinabalu.

Apepun, saya memilih untuk menginap di Hotel D’Borneo. Rate takdelah mahal sangat. Kalau macam saya yang sederhana ini sesuailah.  Sebenarnya saya memilih hotel ini adalah kedudukannya yang berdekatan dengan pasar Philippine.

Kalu duk sini, nak gi jalan-jalan ke pasar tu takdelah jauh sangat. Rasanya, tarikan ditempat ini adalah pasar malam dan pasar Filipina. Sesiapa nak cari barang-barang mutiara bleh berkunjung di pasar malam. Kalau nak makan seafood pulak, terus jalan-jalan sekitar situ. Banyak gerai jual seafood di situ.

Tapi kalau nak makan seafood fresh, beli kat pasar basah then upah diorang masak. Itu terbaik! Kalu makan yang dah siap masak, mungkin itu ikan yang dah dua tiga kali dipanaskan. Rasanya kureng sket.

Dekat sini banyak penjaja jalanan jual handphone tiruan. Sila lah hati-hati dengan mereka. Kalu nak beli, terus tawar harga separuh. Itu nasihat saya. Kalau yang jenis sukakan perhiasan, jangan lepaskan peluang menempah rantai mutiara, Kristal mengikut citarasa sendiri dengan harga berpatutan.

Ini adalah syurga bagi peminat barangan hiasan dan manik. Saya pasti akan dapatkan satu perhiasan untuk orang tersayang.

Selain itu, jangan lepaskan peluang membeli udang kering dan juga ikan kering nipis. Udang kering kalau beli kat sini agak murah juga berbanding semenanjung (kecuali Langkawi). Jangan lupa beli ikan kering nipis. Kalau goreng, bentuk dia jadi macam keropok boleh dimakan begitu sahaja kerana ia taklah masin sangat pun. Itu sahaja aktiviti saya di sekitar Bandar Kota Kinabalu.

Gambar edisi Pasar Filipina, Kota Kinabalu

jualan-kristal-dan-mutiara-di-pasar-filipina-kota-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Jualan Kristal Dan Mutiara Di Pasar Filipina Kota Kinabalu

ikan-bakar-di-pasar-filipina-kota-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Ikan Bakar Di Pasar Filipina Kota Kinabalu

jualan-kristal-dan-mutiara-perhiasan-wanita-terkenal-di-pasar-filipina-kota-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Jualan Kristal Dan Mutiara Perhiasan Wanita Terkenal Di Pasar Filipina Kota Kinabalu

jualan-makanan-laut-di-sekitar-pasar-filipina-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Jualan Makanan Laut Di Sekitar Pasar Filipina

lobster-segar-kota-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Lobster Segar Kota Kinabalu

seafood-di-pasar-filipina-kota-kinabalu-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Seafood Di Pasar Filipina Kota Kinabalu

seafood-segar-di-pasar-filipina-Sabah-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Seafood Segar Di Pasar Filipina Sabah

seaweed-segar-pasar-filipina-kota-kinabalu-e1475484601921-300x300 Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah

Seaweed Segar Pasar Filipina Kota Kinabalu

Loading...

Tags: #beli manik perhiasan di pasar filipina #gambar di pasar filipina KK #makan seafood #makan seafood murah di kota kinabalu #pasar filipina kota kinabalu #pasar malam di kota kinabalu #suasana pasar filipina #tempat menarik di kota kinabalu

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Edisi Ronda EP.3 : Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah"