Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak?
Nantikan kemunculan drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Diarahkan oleh Amie Maziah di bawah terbitan Suhan Movies & Trading. Membawakan gandingan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai teraju utama.
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.
Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
Drama ini turut membariskan pelakon seperti Hisyam Hamid, Emma Maembong, Aida Khalida, Wan Sharmila, Izara Aishah, Eleena Sui, Fahad Iman, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Februari tahun hadapan.
Watak Drama
Hisyam Hamid (Farish)
Emma Maembong (Raisya)
Wan Sharmila (Azyan)
Izara Aishah (Kasih)
Eleena Sui (Aleya)
Ringkasan
Judul : Sayang Papa Saya Tak?
Bilangan episod: 16 episod
Tarikh : February 2017
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Karya Novel : Hanni Ramsul
Pengarah : Amie Maziah
Terbitan : Suhan Movies & Trading
Tags: #drama 2017 Sayang Papa Saya Tak? #Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak? #eleena sui #Emma Maembong #hisyam hamid #izara aishah #novel Sayang Papa Saya Tak? #pelakon drama Sayang Papa Saya Tak? #senarai pelakon drama Sayang Papa Saya Tak? #sinopsis Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak? #wan sharmila