Drama Berjudul Bukan Gadis Biasa, Sinopsis dan Pelakon

Drama Bukan Gadis Biasa

Drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya. Ditayangkan bermula 23 April 2020, setiap Isnin hingga Sabtu pukul 7 malam di TV3.

Johana berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya.

Amirul, jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan.

Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayah saudaranya, Suffian untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah.

Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama.

Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia bertemu dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan mula tertarik dengan Johana.

Drama ini mengisahkan Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek seperti lagak tomboy. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 23 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Sabtu, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Janjira, Rofa Azzahra Chinta Nadessha
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Haji Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

PELAKON :
Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ozlynn Waty sebagai Juliana
Chacha Maembong sebagai Hanim
Mas Khan sebagai Amirul
Idzham Ismail sebagai Bun
Zarul Husin sebagai Suffian
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Heryanto Hassan sebagai Raja Muzaffar
Lia Natalia sebagai Ujah
Zalfa Zin sebagai Suraya
Ashhry Atan sebagai Azim

LAGU TEMA / OST
Angkara – Aisha Hanim
Satu – Zulhilmi

sinopsis-bukan-gadis-biasa Drama Berjudul Bukan Gadis Biasa, Sinopsis dan Pelakon

Loading...

Tags: #drama ayda jebat bukan gadis biasa #Drama Berjudul Bukan Gadis Biasa #gambar pelakon drama bukan gadis biasa #lagu ost drama bukan gadis biasa #pelakon drama bukan gadis biasa #Sinopsis dan Pelakon #sinopsis drama bukan gadis biasa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.