Pernah anda terfikir untuk mendapatkan anak kembar? Siapa yang tidak suka apabila terpandang dua orang kanak-kanak yang comel dengan wajah yang seiras, ataupun dua adik beradik lelaki dan perempuan yang lahir pada tarikh yang sama.
Apakah faktor penyebab kepada kehamilan kembar? Berikut adalah beberapa faktor yang mendorong kepada kehamilan kembar.
- Genetik Kembar
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Hal ini demikian kerana gen sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Gen yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
- Kehamilan di Lewat Usia
Wanita yang berumur 35 tahun hingga 40 tahun dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi akibat daripada rawatan kesuburan yang dijalankan.
- Bilangan Anak
Lagi ramai anak, peluang untuk anak seterusnya kembar adalah tinggi. Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
- Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
- Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
- Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
- Berkahwin dengan keturunan kembar
Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu dengannya.
Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi. jadi cari pasangan anda yang mempunyai genetik kembar, itu paling senang dan tanpa risiko besar.
Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar
- Banyakkan makan ubi, kentang dan susu segar. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Jika si ibu teratur minum susu segar dari zaman muda, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Selain itu, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu segar bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin.
- Amalkan doa untuk mendapatkan anak kembar :
1) Surah As-Saaffaat Ayat 120
2) Surah As-Syura ayat 50:
Tags: #cara dapat anak kembar #doa dapat anak kembar #faktor kehamilan kembar #makanan untuk dpaat anak kembar #petua kehamilan kembar