Doa Murah Rezeki Beserta Zikir & Selawat

Amalan Murah Rezeki

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang atau harta. Ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, selamat dari musibah, mendapat kebahagiaan dan bermacam-macam bentuk lagi.

Doa Murah Rezeki Beserta Zikir Dan Selawat

Berikut ini adalah amalan zikir dan selawat memanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh.

  • Banyakkan beristighfar

Kata Nabi Nuh A.S :

Aku katakan kepada kaumku, “Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya Dia adalah pengampun. Kalau kamu istighfar Dia akan turunkan kepada kamu hujan dan Dia akan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan Dia akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”

Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

  • Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At- Tabrani)

  • Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

  • Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

  • Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khatthab dari Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (hadith dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad)

  • Membaca selawat murah rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Maksudnya : Ya Allah, rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.

  • Membaca surah al-Ikhlas

Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)

  • Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Bacaan rumi : Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yang telah Engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki kerana Nabi SAW berdoa kepada Anas bin Malik. Jika hendak doakan untuk (dia) seorang wanita, maka tukarlah dhomir (kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri, maka tukarkan dhomir huwa(dia lelaki) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Bacaan rumi : Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan aku.

Berkat doa Nabi SAW kepada Anas r.a, Allah SWT telah panjangkan umur Anas bin Malik dan mengurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri, “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan, dikurniakan ramai anak (120 orang) dan umurnya ketika wafat 104 tahun dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW. Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta.

  • Mengamalkan Ayat Seribu Dinar

Bacaan rumi : Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib, Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallah baalighul amrih.Qod ja’allahu Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya : Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki )Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Amalkan setiap kali selepas solat subuh. Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardhu lagilah baik. Baca sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib

  • Doa menjemput rezeki

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Rujukan : http://mahmudinuta.blogspot.my
Loading...

Tags: #amalan murahkan rezeki #amalan rezeki murah #amalan Untuk Murah Rezeki #ayat murah rezeki dan cepat kaya #bacaan pembuka rezeki #doa menjemput rezeki #doa mohon rezeki #doa murah rezeki #doa murah rezeki dan jodoh #doa murah rezeki paling mustajab #doa murah rezeki paling mustajab rumi #doa murah rezeki rumi #doa murah rezeki yang tidak disangka #murah rezeki #nak jadi kaya #selawat dan zikir melimpahkan rezeki #selawat menjemput rezeki #selawat murah rezeki #selawat pembuka rezeki #surah murah rezeki #zikir murah rezeki #zikir pembuka rezeki

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Comments are closed.