Lokasi D’Ganu Steamboat Cafe terletak di Pulau Duyung daerah Kuala Terengganu. Pulau Duyung sangat terkenal dengan pelbagai keunikan seperti Kota Duyung iaitu bangunan bersejarah yang mempunyai banyak kisah sejarah Pulau Duyung dan Kuala Terengganu. Selain itu, terdapat juga hotel dan resort bertaraf lima bintang seperti Duyung Marina Resort. Pulau Duyung juga merupakan ikon negeri Terengganu dan juga merupakan tempat utama bagi sukan kapal layar antarabangsa.
Jika anda sedang mencari tempat makan malam yang tenang dan menikmati pemandangan pinggir laut, D’Ganu Steamboat Cafe adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan pengunjung. Pemandangan dari restoran ini yang menghadap Pulau Warisan dan bandar Kuala Terengganu amat menarik dan mengasyikkan terutama pada waktu malam. Dengan deruan angin malam pasti akan menambahkan kedamaian suasana menjamu selera di sini.
Secara amnya restoran ini menyediakan makan malam utama seperti steamboat, makanan ikan bakar dan masakan panas. Dari segi harga, ia agak berpatutan disamping pelbagai menu yang boleh anda pilih.
Laman sosial : https://www.facebook.com/DGanu-Seafood-Cafe-Pulau-Duyung-205207596187311/
Gambar menarik D’Ganu Steamboat Cafe, Pulau Duyung
Tags: #D'Ganu Seafood Cafe #steamboat di kuala terengganu #steamboat di pulau duyung #tempat makan steamboat dekat bandar kuala terengganu #tempat makan steamboat terkenal di kuala terengganu