Mesti anda tertanya-tanya siapakan gerangan jejaka kacak bernama Datuk Fadza Anuar ini?
Kalau nak tahu, pemilik nama sebenar Fadzarudin Shah Anuar ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada pusat membeli-belah pakaian dan produk fesyen berjenama secara digital iaitu FashionValet.Com.
Selain itu, pemuda ini juga merupakan suami tercinta kepada ikon usahawanita tempatan, Datin Vivy Yusof.
Di samping FashionValet.Com, pasangan ini turut menghasilkan barangan berasaskan scarf (dUCK Scarves) dan produk kecantikan (dUCk Cosmetics) menerusi syarikat dUCK Group.
Untuk pengetahuan para pembaca, Fadza dan isterinya turut tersenarai sebagai 300 individu yang berpengaruh di Malaysia berdasarkan portal Tatler Malaysia.
Berikut, penulis kongsikan serba sedikit tentang biodata dan trivia menarik ahli perniagaan yang berdedikasi dan berkaliber ini.
Biodata Ringkas Datuk Fadza Anuar
Nama Sebenar: Fadzarudin Shah Anuar
Nama Panggilan: Fadza Anuar
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 8 April 1988
Zodiak: Aries
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Karier: Ahli Perniagaan
Laman Media Sosial Datuk Fadza Anuar
- Twitter: www.twitter.com/fadzaanuar
- Instagram: www.instagram.com/fadzaanuar
Trivia Menarik Tentang Datuk Fadza Anuar
- Lulusan Master dalam jurusan Kejuteraan Aeronautik dari Imperial College London.
- Turut melanjutkan pengajian di peringkat A Levels di Cambridge Tutors College.
- Mendirikan rumah tangga dengan si cantik manis, Vivy Yusof sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
- Selepas tamat pengajian di luar negara, Fadza pulang ke tanah air dan berkhidmat di Deloitte Consulting Malaysia di mana beliau terdedah kepada profesional C-Suite di sektor awam dan swasta.
- Untuk info, Fadza dan isterinya pernah menyertai program MYEG Make The Pitch (musim kedua) di mana pasangan ini menjuarai rancangan berkenaan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.
- Bukan itu sahaja, Fadza turut dianugerahkan sebagai salah seorang Augustman Men of the Year bagi tahun 2015.
- Malah, Fadza dan Vivy merupakan orang Melayu pertama menjadi sebahagian daripada Endeavor (organisasi global yang memilih, menjadi mentor dan mempercepatkan usahawan berimpak tinggi).
- Fadza dan Vivy juga pernah diundang untuk menjadi juri rancangan #MyUberPitch beberapa tahun lalu.
- Beliau juga sangat aktif memberi ceramah dan berkongsi ilmu serta pengalamannya tentang perniagaan dan e-dagang di universiti dan program-program keusahawanan.
- Fadza memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya. Setakat artikel ini ditulis, pemuda ini telah memuat naik lebih 400 kiriman termasuklah gambar dan video mengenai anak-anaknya.
Gambar Menarik Datuk Fadza Anuar
Tags: #Biodata Datuk Fadza Anuar #Biodata Fadza Anuar #ceo fashionvalet #CEO FashionValet.Com #CEO of fashionvaletcom #Datin Vivy Yusof #dato fadzarudin shah anuar #Datuk Fadza Anuar #Datuk Fadza Anuar CEO FashionValet.Com #Fadza Anuar #fadza anuar age #fadza anuar birthday #fadza anuar dapat datuk #fadza anuar father #fadza anuar profile #fadza anuar wikipedia #fadzarudin shah anuar family #Fadzarudin Syah Anuar #FashionValet.Com #Profil Datuk Fadza Anuar #Profil Fadza Anuar #Suami Vivy Yusof