Ciri-ciri Wanita Cantik Menurut Pandangan Islam

Ciri Wanita Cantik

Pepatah mengatakan bahawa wanita adalah perhiasan dunia. Sudah sunnatullah, wanita selalu merasa ingin cantik. Hingga berbagai alat kecantikan, perhiasan, baju dan perlengkapan untuk menunjang kecantikan dan keserasian dalam berpenampilan. Bahkan, para wanita tidak mengendahkan haram atau halal yang dilakukan untuk mempercantik diri dan tidak menyedari jika apa yang dilakukan tidak diperbolehkan dalam Islam.

Kecantikan adalah salah satu perkara yang diidam-idamkan oleh wanita kerana wanita selalu berfikir bahawa kecantikan sepadan dengan mereka. Bagaimanakah Islam memandang kecantikan wanita dan bagaimanakah sebenarnya kecantikan wanita dalam Islam yang sebenarnya?

Sudah tentu ciri-ciri kecantikan yang digariskan dalam Islam bukan hanya perkara luaran dan fizikal sahaja, jika semua wanita muslimah itu mengetahui Islam lebih menyukai wanita itu lebih cantik secara akhlak.

Perkara ini dapat disokong dengan satu hadis yang bermaksud :

Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah wanita yang mempunyai agama, maka engkau akan beruntung.”  (Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, Al-Nasa’i, Abu Dawud dan Al-Darimi)

Setiap wanita memang sudah terlahir cantik, tapi bagaimanakah sebenarnya cantik menurut pandangan Islam? Berikut adalah ciri-ciri wanita cantik menurut pandangan Islam.

  1. Beriman, mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya.

Wanita itu terlihat cantik jika dia beriman dan Islam menjadi pedoaman hidupnya, mencintai Allah dan Rasulnya lebih banyak dari cintanya pada dunia. Wanita yang mencintai Allah dan Rasul akan berusaha menjauhi apa-apa yang menyebabkan Allah murka dan sangat takut dengan seksaNya yang sangat pedih dan tidak akan menyimpang dari aturan-aturanNya.

Firman Allah SWT,

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang disenangi dan diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Namun di sisi Allah lah tempat kembali yang paling baik.” (surah Ali Imran, ayat 14)

  1. Menjaga Solat dan menajdikan air wudhuk sebagai make-up

Wanita akan terlihat cantik jika dia tidak khuatir jika wajahnya akan terbasuh air wudhuk setiap waktu. Wajah yang selalu terbasuh air wudhuk akan kelihatan berseri, dan ini yang membezakan dengan kaum lainnya yang tidak pernah terbasuh dengan air wudhuk.

Wanita yang cantik selalu menjaga solat lima waktu serta menunaikannya dalam kekhusyukan. Mendirikan solat tepat pada waktunya, sehingga tidak ada sesuatu pun yang menghalanginya dari solat itu. Dan tidak ada sesuatu yang melalaikan dia dari beribadah kepada Allah SWT sehingga nampak jelas padanya hasil dari solatnya itu kerana solat dapat mecegah daripada perbuatan keji dan mungkar serta benteng dari perbuatan maksiat.

  1. Menjaga perilaku, pakaian, cara berjalan dan berbicara

Sentiasa menjaga perilaku, pakaian,  cara berjalan dan berbicara sesuai dengan ajaran Islam. Selain itu juga menjaga hal-hal yang haram, seperti makanan, perilaku mahupun semua hal-hal buruk lainnya. Ini bukan perkara mudah, tapi jika istiqamah dilakukan, maka akan terlihatlah dia sebagai muslimah sejati yang cantik hatinya.

  1. Menjaga aurat dan kehormatan

Wanita muslimah yang cantik adalah yang menjaga hijabnya dengan rasa senang hati dan sebaik-baiknya. Sehingga dia tidak akan keluar kecuali dalam keadaan menutup aurat secara rapi menurut tuntunan Islam, dan mencari perlindungan Allah serta bersyukur kepadaNya atas kehormatan yang diberikan dengan adanya hukum menutup aurat kepada para wanita.

Wanita muslimah selalu menjaga diri dan hatinya dari syubhat mahupun syahwat, memelihara matanya dari memandang sesuatu yang haram dan memelihara dan menjaga semua anggota tubuhnya dari kemungkaran.

  1. Sederhana dan tidak berlebih-lebihan

Wanita yang cantik mengikut Islam selalu melakukan sesuatu secara tidak berlebih-lebihan,sama ada menggunakan wangnya, dalam hal berdandan, cara bergerak, dan dalam menjaga penampilan. Allah tidak menyukai wanita yang berlebih-lebihan dan melampaui batas.

Firman Allah SWT,

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayan.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

  1. Patuh pada suami

Wanita muslimah tidak berkhalwat (berduaan) dengan lelaki bukan mahramnya. Wanita solehah dilarang keluar berseorangan atau jauh kecuali pergi dengan mahramnya, sebagaimana pula dia tidak boleh menghadiri pasar-pasar dan tempat-tempat umum kecuali atas sesuatu perkara penting dan sudah dapat izin dari suaminya atau mahramnya.

Wanita solehah selalu menjaga kehormatan dan ketaatan kepada suaminya. Tidak mengeraskan suara dan perkataan kepada suaminya, tidak menyakiti hati suami dan sama-sama mengajak ke arah kebaikan. Hal ini menjadikan wanita itu kelihatan cantik dari pandangan Islam.

  1. Pendidik yang baik

Wanita muslimah adalah wanita yang mampu mendidik anak-anaknya untuk taat dan bertakwa kepada Allah SWT, mengajarkan kepada mereka aqidah yang benar, menanamkan ke dalam hati mereka perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya serta menjauhkan mereka dari segala jenis kemaksiatan dan perilaku tercela.

  1. Tidak menyerupai lelaki dan orang kafir

Wanita muslimah yang cantik adalah wanita yang tidak menyerupai lelaki dalam hal-hal khusus dan ciri-ciri yang dimiliki lelaki dari perwatakan, fizikal dan tingkah-laku. Mereka  juga tidak menyerupai wanita-wanita kafir dalam pelbagai aspek baikpun dalam berpakaian, tingkah laku dan gerak-geriknya.

  1. Menjaga kesihatannya, badannya dan mampu merawat wajah dan badannya dengan baik

Memiliki penampilan menarik, bersih, terjaga dengan baik itu akan jauh lebih indah dipandang. Apalagi ditambah dengan peribadi yang baik dan akhlak istimewa, pastinya ia adalah kombinasi yang terbaik bagi seorang wanita yang cantik.

  1. Memanfaatkan waktu dengan baik dan memiliki lisan yang baik

Wanita muslimah selalu menjaga waktunya, memanfaatkan waktu sebaik mungkin agar tidak terbuang sia-sia di setiap harinya. Maka dia akan menjauhkan diri dari perkara yang tidak berguna dan boleh mengundang dosa. Tanpa mengucapkan kata-kata yang kosong dan tidak berguna, wanita cantik menurut Islam lebih memilih untuk berzikir kerana lisan yang selalu basahberzikir kepada Allah dapat menjaga hati dan juga menjadi benteng diri dari hasutan syaitan.

Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”(Surah Al-Ahzab, ayat 41-42).

Dari ciri-ciri yang yang dihuraikan di atas, wanita itu sebenarnya tidak ada yang buruk, semuanya cantik jika dapat menempatkan dirinya dengan baik dan mengikuti ciri-ciri di atas. Ternyata inilah ciri-ciri wanita cantik menurut Islam yang perlu dimiliki oleh seluruh wanita muslimah agar cantik zahir dan batin. Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan untuk menjadikan anda sebagai wanita muslimah yang lebih baik dari sebelumnya dan termasuk sebagai wanita tercantik dalam pandangan Islam.

Rujukan :
Gambar hiasan drama Titian Cinta
http://kajianlagi.blogspot.my
http://mottocinta.dorar.info
IMG_20171206_114610-150x150 Ciri-ciri Wanita Cantik Menurut Pandangan Islam

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #ciri wanita solehah #ciri-ciri wanita cantik #ciri-ciri wanita tercantik mengikut pandangan Islam #erti wanita cantik menurut Islam #kecantikan dalam Islam

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.