Kucing Maine Coon atau nama saintifiknya ialah Felis catus. Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama wilayah Maine, USA. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui.
Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika Utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Ini kerana bentuk badannya adalah seakan-akan racoon (sejenis musang yang mengeluarkan bau busuk).
Kucing jenis ini dikenali dengan jenis baka yang besar sehinggakan berat badan kucing jantan jenis ini boleh mencapai berat sehingga 10kg. Kucing Maine Coon mampu hidup pada keadaan sejuk, dalam salji kerana memiliki bulu yang tebal di bahagian kaki, perut dan leher serta kalis air.
Kebiasaannya kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan sahaja, beratnya adalah antara 6 hingga 9 kg. Manakala berat kucing betina adalah sekitar 4-6 kg. Kucing ini juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihat dan mendengar dengan jauh.
Antara sifat kucing Maine Coon yang digemari oleh peminat kucing jenis ini ialah sifatnya yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Kucing ini juga suka mengambil tahu apa sahaja yang dilakukan oleh tuannya, semasa melakukan aktiviti di atas meja, lantai mahupun di tempat tidur anda.
Apakah ciri-ciri asas kucing Maine Coon?
Secara amnya kucing Maine Coon mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
- Memiliki bentuk badan yang besar dan panjang
- Memiliki tulang dan otot yang kuat
- Hidung lebar dan melengkung di hujungnya
- Bentuk mata lebar dan oval
- Otot pipi sangat menonjol
- Mempunyai telinga lebar dibahagian bawah
- Keadaan bahagian muka dengan dahi yang melengkung
- Mempunyai ekor panjang dan lebar
- Keadaan bulunya yang lebat dan kalis air
Bagi memastikan kesihatan kucing jenis ini, antara makanan harus dielakkan kepada kucing ini adalah seperti berikut :
- Coklat
- Biskut
- Ikan air tawar
- Daging babi
- Ayam mentah
- Ikan mentah
- Susu lembu
Memelihara dan menjaga kucing Maine Coon tidaklah serumit seperti jenis kucing-kucing setaraf dengannya. Harga semasa bagi kucing Maine Coon yang asli serta memiliki sijil adalah sekitar RM4,000 ke atas, bergantung kepada kesihatan dan keadaan kucing itu sendiri.
Tags: #Apakah ciri-ciri asas kucing Maine Coon #asal kucing maine coon #bela kucing maine coon #beli kucing maine coon #bentuk kucing maine coon #Ciri-ciri Asas Kucing Maine Coon #gambar kucing maine coon asli #harga kucing maine coon #Maine Coon #makanan kucing maine coon #tips bela kucing maine coon