Perkhemahan merupakan satu aktiviti outdoor yang menyeronokkan bagi mereka yang meminatinya. Terdapat banyak lokasi yang menjadi pilihan untuk berkhemah sama ada di dalam hutan, kawasan air terjun, kawasan pergunungan dan sebagainya.
Pada pos ini, penulis akan menyenaraikan kelengkapan asas yang perlu anda sediakan untuk aktiviti perkhemahan. Senarai ini hanyalah kelengkapan asas yang biasa digunakan semasa berkhemah. Bagaimanapun, pemilihan kelengkapan adalah mengikut kesesuaian trip perkhemahan anda. Jika perkhemahan satu malam, tidak perlu membawa terlalu banyak kelengkapan. Jika lokasi perkhemahan memerlukan anda trekking beberapa jam, bawalah kelengkapan yang penting sahaja bagi meringankan bebanan beg yang anda pikul ketika trekking.
Bekalan makanan
Sediakan bekalan makanan secukupnya mengikut berapa tempoh masa anda berkhemah. Sebolehnya elakkan membawa daging mentah kerana boleh menarik haiwan buas dan makhluk lain di sekitar kawasan perkhemahan. Bekalan makanan yang perlu disediakan antaranya :
- Beras
- Makanan dalam tin (sardin, kari segera, dan sebagainya)
- Telur ayam
- Makanan ringan (maggi, bihun, kudapan, biskut, roti)
- Minuman (teh uncang, serbuk kopi dan sebagainya)
- Gula dan garam
- Bahan asas memasak (bawang merah, bawang putih, halia, rempah ratus dan sebagainya)
- Makanan penambah tenaga (energy bar, energy gel, oral rehydration salt, minuman isotonik)
- Bekalan air masak yang mencukupi
Peralatan memasak dan makan
- Kuali kecil, periuk, cerek
- Pinggan plastik dan cawan plastik
- Stove dan gas memasak dalam tin
- Sudu, garpu, sudip dan sebagainya
- Pelapik dan pisau
Pakaian
- Pakaian basah (untuk mandi dan sebagainya) dan pakaian kering (untuk tidur)
- Tuala cepat kering
- Windbreaker atau ponco (jika hujan)
- Kasut trekking, sarung kaki dan selipar
Peralatan kendiri
- Set kebersihan gigi (ubat gigi, berus gigi, pencuci mulut)
- Deodoran, syampu, sabun
Kelengkapan perkhemahan
- Khemah / flysheet dan groundsheet / hammock
- Lampu gantung, lampu suluh atau headlamp
- Sleeping bag, ground mat
Barangan lain
- Global Positioning System (GPS), peta topo skala 1:50000, kompas, jam
- Senjata seperti pisau, parang, bannet dan lain-lain
- Peralatan kecemasan (First Aid)
- Penghalau serangga, losyen penghindar serangga, ubat nyamuk
- Bagpack, porchbag, topi, kain penutup kepala
- Alat kelengkapan yang lain seperti tali yang kuat, safety harness.
- Powerbank, bateri simpanan
- Mancis, fire starter
Tags: #apa perlu bawa gi berkhemah #barang keperluan perkhemahan pengakap #barangan untuk berkhemah #berkhemah #camping #checklist nak gi camping #contoh menu perkhemahan #kedai peralatan perkhemahan #kelengkapan perkhemahan #masuk hutan #menu makanan semasa berkhemah #peralatan asas perkhemahan #peralatan masuk hutan #peralatan memasak perkhemahan #perkara asas yang perlu ada untuk berkhemah #senarai kelengkapan untuk berkhemah #senarai keperluan perkhemahan pengakap #senarai peralatan perkhemahan pengakap