Kehadiran nyamuk bukan sahaja menganggu persekitaran anda dan sekeluarga tetapi membawa pelbagai penyakit berbahaya termasuklah deman Denggi.
Justeru, langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera agar kediaman anda tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk selain mengamalkan konsep 3 M.
Kebiasaannya, orang ramai suka menggunakan ubat nyamuk bagi menghalang serangga berkenaan. Namun, penggunaan ubat nyamuk yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah iritasi dan gangguan pernafasan buat seseorang yang mempunyai alahan.
Daripada menggunakan bahan kimia seperti ubat nyamuk, apakata anda mengusir nyamuk dengan secara semula jadi menerusi penanaman pokok hiasan di laman rumah.
Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat banyak pokok hiasan yang boleh anda tanam di persekitaran rumah bagi menghindari serangan nyamuk.
Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel dibawah!
1. Pokok Bunga Geranium
Selain dikenali dengan nama Geranium, bunga ini juga dipanggil sebagai Tapak Dara. Kalau anda nak tahu, bunga ini bukan sahaja cantik dipandang malahan boleh menjadi alat untuk menghalang nyamuk yang sering kali berkeliaran di kawasan rumah.
Ternyata, kandungan Citronella dan Geraniol yang terdapat pada bunga Geranium menghasilkan satu aroma khas yang tidak disukai oleh nyamuk. Paling penting, bunga ini sangat senang untuk ditanam sama ada di dalam pasu atau pada tanah lebih-lebih buat anda yang pertama kali mencuba menanam pokok hiasan.
2. Pokok Rosemary
Tidak hanya dimanfaatkan dalam masakan dan sebagai pokok hiasan, tanaman herba yang dikenali sebagai Rosemary ini sangat bagus untuk mengusir nyamuk. Seperti bunga Geranium, Rosemary juga memiliki bau-bauan yang tersendiri seakan-akan minyak minyak kayu putih. Tanaman ini bukan sahaja menjadi penyeri laman rumah anda, bahkan bersifat anti-nyamuk.
3. Pokok Ulam Raja
Tidak dinafikan, pucuk pokok Ulam Raja menjadi ulam-ulaman dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman nenek moyang lagi. Bagi penulis, pucuknya sangat sedap dinikmati dengan budu bersama ikan rebus dan nasi panas. Lazimnya, pokok Ulam Raja banyak didapati di kawasan kampung-kampung berbanding di bandar. Siapa sangka, tanaman ini mempunyai zat aktif Pyrethrum yang mampu menjauhi anda daripada gigitan nyamuk.
4. Pokok Selasih
Di samping bijinya yang selalu digunakan dalam minuman dan pencuci mulut, Selasih juga boleh dijadikan sebagai senjata utama untuk membanteras nyamuk yang acap kali menganggu-gugat kesejahteraan keluarga anda. Pokok ini tidak disukai nyamuk kerana mengandungi Geraniol, Eugenol dan Linalool. Aroma yang dihasilkan oleh Selasih boleh membuatkan serangga tersebut pening.
5. Pokok Serai Wangi
Salah satu tumbuhan herba yang selalu digunakan oleh tukang masak, chef profesional dan ibu-ibu di luar sana adalah Serai Wangi. Bukan sekadar berbau harum, daunnya juga menyedapkan lagi sajian yang dimasak anda.
Tahukah anda, Serai Wangi boleh digunakan untuk mengusir nyamuk yang mampu membahayakan kesihatan diri. Haruman yang mengandungi zat Sitronelal dan Geraniol pada Serai Wangi sangat ditakuti oleh ‘si penghisap darah’ berkenaan. Sedar atau tidak, terdapat losyen penghalau nyamuk yang dihasilkan menerusi ekstrak Serai Wangi di pasaran berdekatan anda.
Tags: #Cara Mudah Halang Nyamuk Secara Semula Jadi #Cara Mudah Usir Nyamuk Menerusi Tanaman Pokok Hiasan #geranium #halau nyamuk di rumah #hindar nyamuk di rumah #Kaedah Membanteras Nyamuk Dengan Tanaman Pokok Hiasan #Kaedah Usir Nyamuk Secara Semula Jadi #khasiat geranium #khasiat rosemary #khasiat selasih #khasiat serai wangi #khasiat ulam raja #masalah nyamuk #musuh nyamuk #nyamuk #pokok halau nyamuk #rosemary #rumah banyak nyamuk #selasih #serai wangi #tanam pokok halau nyamuk #ulam raja