Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing bersetuju. Proses pindah milik biasanya dilakukan atas sebab pemilik asal (owner) telah menjual kenderaan tersebut kepada pemilik baru (buyer). Proses ini boleh dilakukan oleh mana-mana pihak (pembeli/pemilik) atau wakil (agent/runner).
Kaedah pindah milik kenderaan persendirian
1. Pemilik atau pembeli perlu mendapatkan tarikh untuk proses inspection samada melalui telefon atau walk in. Bagi proses tukar nama kenderaan, pemilik/pembeli perlu membawa geran asal.
2. Selepas mendapat booking number, pemilik/pembeli atau wakil perlu membawa kenderaan tersebut ke PUSPAKOM untuk proses pemeriksaan kenderaan. Kadar bayaran untuk inspection (semak kadar dibawah) bagi mendapatkan keputusan dalam Borang B5.
3. Bagi pemilik baru (buyer) yang ingin mendapatkan pinjaman bank, ia memerlukan dua laporan daripada PUSPAKOM iaitu Borang B5 (Keputusan Pemeriksaan) dan Laporan B7 (Pemeriksaan Sewa-Beli).
Kaedah pindah milik kenderaan oleh pemilik asal (owner) kepada pemilik baru (buyer)
4. Apabila keputusan inspection telah mendapat kelulusan, pemilik asal (owner) perlu mendapatkan maklumat pemilik baru (buyer) seperti Nama, Alamat, Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon serta salinan kad pengenalan asal. Pemilik (owner) atau wakil perlu mengisi borang pindah milik semasa di JPJ.
5. Setelah maklumat selesai diperoleh, pemilik asal (owner) perlu memaklumkan segera kepada pemilik baru (buyer) untuk membuat cop biometric (ibu jari) di mana-mana cawangan JPJ terdekat selepas pemilik asal (owner) selesai membuat cop biometric (ibu jari) terlebih dahulu. Pemilik baru (buyer) tidak perlu hadir sama sewaktu proses ini dilakukan.
6. Pemilik baru (buyer) perlu segera melakukan cop biometric selepas pemilik asal melakukan cop biometric. Tempoh selewat-lewatnya 7 hari bekerja dari tarikh pemilik asal (owner) melakukan proses tersebut. Selepas proses selesai, roadtax dan insurans atas nama pemilik asal (owner) akan terbatal dengan sendiri.
7. Pemilik baru (buyer) perlu membeli insuran kenderaan terlebih dahulu sebelum membuat roadtax baru. Jika anda (buyer) mempunyai insuran kenderaan atas nama sendiri yang tidak digunakan tetapi masih sah tempoh, anda boleh pindahkan NCD lama ke insuran baru kenderaan yang baru anda beli. Maka, anda akan dapat menjimatkan kos membeli insurance kerana NCD insurance sedia ada mungkin sudahpun mencapai NCD 55% (murah daripada NCD 0%)
Cara mengira kadar kos pindah milik kenderaan persendirian :
- Kos inspection B5 : RM25
- Kos pindah milik/tukar nama/owner transfer : RM100 (bayar semasa proses tukar nak semasa cop jari)
- *Kos inspection B7 (sewa-beli) : RM60
- *Kos cukai jalan (roadtax) : *bergantung kepada CC kenderaan (Kenderaan 1300 cc RM70)
- *Kos insurance : *bergantung kepada nilai kenderaan atau sum of insured atau berapa jumlah coverage
Kadar fee terkini yang dikenakan oleh PUSPAKAOM (2016) adalah seperti berikut ;
Tags: #beli kereta dengan loan bank #caj bayaran inspection kereta #cara pindah milik kereta #cara tuka nama kereta #cara urus jual kereta sendiri #jual beli kereta terpakai #kaedah jual beli kereta sendiri #kaedah jual beli pindah milik kereta #kaedah jual beli tukar nama kereta #kos proses tukar nama kereta #peranan owner dan buyer dalam jual beli kereta #proses nak tukar nama kereta #urusan dengan JPJ dan puspakom