Mencuci dan menanam uri
Uri yang dikeluarkan ketika melahirkan anak perlu ditanam seeloknya di tempat yang tidak menjadi tarikan kepada binatang lain. Mungkin ia sesuai ditanam di belakang rumah atau halaman rumah. Rujuk cara menanam uri.
Melaporkan kelahiran bayi di klinik atau hospital berdekatan
Sebaik sahaja bayi dibenarkan untuk pulang, ibubapa atau penjaga perlu melaporkan kelahiran bayi di klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan dengan tempat anda tinggal. Kemudian pihak hospital akan tentukan waktu appointment untuk datang melawat pada hari berikutnya selama 10 hari berturut – turut, dan selepas tu pada hari ke-20 pula. Ia adalah bertujuan untuk memeriksa keadaan ibu dan anak serta memastikan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
Pemeriksaan bulanan
Suntikan vaksin yang pertama adalah pada hari bayi mencapai umur sebulan. Pastikan bayi mendapat suntikan secara berjadual. Jadual suntikan ini akan berperingkat sehinggalah anak anda berumur setahun setengah.
Majlis Aqiqah
Selepas 7 hari kelahiran hendaklah kita membuat aqiqah (sekiranya mampu dari sudut kewangan) dan menamakan anak dengan nama yang baik maksudnya dalam Islam (bagi mereka yang telah memperoleh nama seawal sebelum kelahiran pun tak mengapa, yang penting pada hari akikah dilakukan hendaklah nama anak diberikan penuh untuk urusan lanjut sembelih korban.
Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah aqiqah tersebut. Binatang aqiqah itu hendaklah cukup umur, sebagaimana disyaratkan di dalam korban. Binatang aqiqah itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan.
Penyusuan susu badan sepenuhnya
Sebaik-baiknya pastikan pemberian susu ibu sahaja diberikan kepada anak anda seawal dari kelahiran sehinggalah anak anda berusia 2 tahun atau sekurang – kurangnya sehingga bayi mencapai usia 6 bulan. Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan jangkitan penyakit semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selsema, jangkitan urinari dan jangkitan telinga. Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat allergic seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.
Susu badan mempunyai antibodi sendiri. Antibodi-antibodi ini dipindahkan kepada bayi melalui susu anda. Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.
Tags: #apa perlu buat selepas bayi lahir #cara menguruskan bayi selepas kelahiran #cara urus anak selepas dilahirkan #peranan bapa selepas anak dilahirkan #perkara perlu dilakukan selepas bayi lahir