Cara Turunkan Berat Dalam Seminggu


  • Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, jadikan minuman anda selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

  • Daun lidah buaya + Asam jawa

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

  • Limau nipis + Kapur sirih

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

  • Limau nipis + Air

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

  • Teh Cina + Limau nipis

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

  • Teh hijau + Serbuk kayu manis + Madu lebah

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

  • Minyak kelapa

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

  • Kapur makan + Daun sirih + Minyak kayu putih + Limau nipis

Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

Loading...

Tags: #cara nak kurus segera #kempiskan perut dalam 1 minggu #kurus #menu untuk kurus #nak turunkan berat dalam seminggu #petua kempiskan perut #petua nak kurus #turunkan berat badan

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Cara Turunkan Berat Dalam Seminggu"