Apabila enjin sangkut sudah lama digunakan, sering kali timbul beberapa masalah semasa pada enjin. Oleh yang demikian, penalaan atau tuning perlu dilakukan semula. Sila rujuk gambarajah di bawah ;
Skru pelaras angin ini boleh diselaraskan secara dua peringkat iaitu semasa enjin mati dan enjin hidup ;
Semasa Enjin Mati
- Pusingkan skru pelaras angin dengan pemutar skru ikut arah jam sehingga rasa ketat.
- Pusing semula skru ke arah longgar sebanyak 1½
Semasa Enjin Hidup
- Hidupkan semula selama 2-3 minit kemudian perlahankan kelajuan Pusingan Seminit (RPM) seberapa boleh.
- Pusing semula skru pelaras angin secara sedikit demi sedikit ke arah longgar atau ketat sambil mendengar bunyi yang stabil dan kelajuan enjin lebih meningkat.
- Cuba perlahankan lagi kelajuan RPM sehingga mencapai tahap minima dan laraskan pula skru pendikit (throttles screw) untuk mengekalkan RPM yang stabil.
Tags: #cara nak set kaburator enjin bot #cara setting kaburator enjin sangkut #cara tuning enjin sangkut #gambar kaburator enjin sangkut fiber #kaburator enjin bot