Cara Tulis Surat Rasmi Mohon Bantuan

Tulis Surat Rasmi

Surat rasmi merupakan surat yang ditulis hanya untuk urusan rasmi sahaja. Kebiasaan surat rasmi ditujukan kepada badan kerajaan, syarikat dan organisasi bagi tujuan untuk membuat permohonan dan pemakluman. Semua surat rasmi atau tidak rasmi mestilah menggunakan bahasa baku yang jelas difahami.

  • Perenggan pertama

Isi kandungan pada perenggan pertama mestilah lebih kepada pengenalan diri. Jika tujuan surat adalah untuk membalas surat, anda mestilah merujuk surat daripada pengirim serta dinyatakan tarikh dan nombor rujukan surat itu jika ada. Sebagai contoh ;

Adalah saya seperti nama di atas merujuk kepada surat tuan terdahulu bertarikh …….. adalah berkaitan.

  • Perenggan kedua, ketiga dan seterusnya

Pada perenggan kedua surat rasmi, biasanya isi kandungan surat perlu dinyatakan tujuan, sebab dan perkara yang ingin disampaikan dengan jelas tetapi tidak berulang.

  • Perenggan akhir

Pada perenggan terakhir, kandungan surat rasmi lebih kepada pujian, harapan dan ucapan penghargaan. Sebagai contoh ;

Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan penelitian sewajarnya oleh pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Berikut merupakan contoh surat rasmi lengkap serta format dan bagaimana cara untuk menulisnya.

Mohd Fattah Amin bin Mohd Fahmi
No. 9 Kampung Kedai Buluh,
16050 Kota Bharu, Kelantan
_____________________________________________________________________________________________________________________

Pengarah Urusan,
Kedai Pukat Dan Pancing Sdn. Bhd,
16000 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan                                                                                                                                               15 September 2016

Tuan,

MEMOHON BANTUAN PERALATAN MENANGKAP IKAN

Adalah saya Mohd Fattah Amin bin Mohd Fahmi No. K/P : 801212-03-5665 adalah nelayan tradisi dari Kampung Kedai Buluh, Kota Bharu. Saya telah bekerja sebagai nelayan sejak dari lahir lagi.

2.    Oleh yang demikian, saya ingin memohon bantuan peralatan menangkap ikan daripada syarikat tuan kerana peralatan sedia ada sudah uzur dan tidak dapat digunakan lagi. Peralatan menangkap ikan merupakan wajib bagi saya untuk menjalankan kerja-kerja menangkap ikan bagi menyara kehidupan keluarga saya. Saya juga tidak mempunyai modal yang banyak untuk membeli peralatan menangkap ikan yang baru dari syarikat tuan.

3.      Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk memberi bantuan peralatan menangkap ikan kepada saya agar saya dapat meneruskan aktiviti menangkap ikan ini.

4.     Segala pertimbangan dan jasa tuan dalam membantu golongan miskin seperti saya amatlah dihargai dan saya berdoa semoga syarikat tuan akan terus maju dan berkembang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Fattah amin
…………………………………
(MOHD FATTAH AMIN BIN MOHD FAHMI)
No.K/P : 801212-03-5665

Anda juga boleh merujuk format seperti dibawah ;

cara-tulis-dan-format-surat-rasmi-300x300 Cara Tulis Surat Rasmi Mohon Bantuan

Loading...

Tags: #cara senang tulis surat rasmi #cara tulis surat rasmi mohon bantuan #contoh surat rasmi #contoh surat rasmi 2017 #contoh surat rasmi berhenti kerja #contoh surat rasmi kerajaan #contoh surat rasmi permohonan #contoh surat rasmi rayuan #format surat rasmi biasa #kaedah menulis surat rasmi #mohon bantuan dengan surat rasmi #surat rasmi tidak hadir ke sekolah #teknik tulis surat rasmi

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Tulis Surat Rasmi Mohon Bantuan"