Tujuan asal penanaman pokok mulberi
Pokok mulberi memang terkenal sebagai pokok yang digunakan bagi perusahaan sutera. Ia ditanam bagi tujuan untuk membiakan ulat sutera. Pokok amat mudah ditanam di halaman rumah. Warna buahnya adalah merah dan menjadi kehitaman apabila masak. Rasa buah Mulberry di tempatan adalah masam manis seakan-akan buah strawberry.
Nama Saintifik : Morus nigra. L.
Khasiat : Mengandungi dua bahan antioxidant penting iaitu :
- Resveretrol dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.
- Anthocynin dapat mengurangkan risiko kanser.
Teknik menanam pokok mulberi
Terdapat dua kaedah penanam pokok Mulberry ini iaitu melalui kaedah tut dan kaedah keratan batang.
Cara menanam menggunakan kaedah keratan batang adalah dengan memacak keratan batang tersebut ke dalam polibag yang disiram dengan air. Manakala cara tanaman menggunakan kaedah tut ialah mengambil keratan yang telah ditut pada pokok asal (apabila tempoh tut selesai, tumbuh akar), dan terus menanamnya ke dalam pasu besar atau terus ke atas tanah.
Harus diingatkan bahawa penanaman pada peringkat semaian harus diletakkan anak semaian ini dikawasan teduh dan terlindung daripada sinaran matahari secara terus. Pastikan anak semaian disiram dengan secukupnya.
Buah mulberi yang masak boleh juga dijadikan sebagai pembuka juadah waktu pagi dengan menjadikannya sebagai jem roti juga sebagai tambahan pemanis dan perasa dalam kek dan kuih.
Khasiat daun pokok mulberi adalah seperti berikut :
- Mencegah penyakit kencing manis atau Diabetes.
- Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah.
- Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghindarkan penyakit Stroke.
- Membantu mengelakkan serangan jantung.
- Membantu dalam kehilangan berat badan.
- Mengurangkan keadaan asma yang teruk.
- Melambatkan proses penuaan kulit dan mencantikkan wajah.
- Mengandungi kalsium yang tinggi dan menjaga kekuatan tulang.
- Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan.
- Mengurangkan sakit sengugut pada wanita ketika kedatangan haid.
- Mencegah penyakit sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi.
- Memiliki semua asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh tubuh badan.
- Sebagai antioksidan dan membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser.
Tags: #cara buat sajian dengan buah mulberi #cara tanam pokok mulberi #gambar buah mulberi #gambar pokok mulberi #kandungan mulberi #khasiat mulberi #melberi di malaysia #rasa buah mulberi #teknik tanam mulberi