Cara-cara tambah berat badan dengan pantas dan efisen adalah seperti berikut ;
- Makan setiap 4 jam sekali
Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan. Jangan biarkan perut anda kosong melebihi 4 jam. Makanlah dengan konsisten dan berjadual kerana pengambilan makanan berterusan adalah kunci utama.
- Makan beberapa jenis makanan sekaligus
Kita perlu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga kumpulan makanan. Bukan sekadar sebiji pisang atau segenggam kacang. Tambahkan dengan beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega.
- Mengambil makanan yang padat dengan khasiat
Cara terbaik untuk memaksimum pengambilan nutrien tanpa perlu makan secara berlebihan adalah dengan memilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan.
- Mengamalkan minuman jus dan yogurt
Meminum jus buah-buahan segar, susu organik atau soya dan smoothie. Smoothie adalah paling ideal kerana mengandungi pelbagai makanan seperti gandum, mentega kacang, jus lobak merah dan serbuk protein.
- Makan sebelum tidurcara
Pastikan tubuh anda kenyang sebelum tidur. Makanan berat yang mengandungi karbohidrat dan protein serta segelas susu segar dapat membantu anda.
Tags: #amalan boleh tingkatkan berat badan #cara nak besarkan badan #cara nak tambah berat badan #cara pantas tambah berat badan #tips tambah berat #tips tingkatkan berat badan