Apakah CCRIS?
CCRIS bermaksud Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Ia adalah sistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mensintesiskan maklumat kredit mengenai peminjam atau peminjam yang berpotensi ke dalam laporan kredit yang seragam. Maklumat ini boleh didapati kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah syarikat) diri atas permintaan.
Sistem bank-bank individu biasanya sudah bersepadu dengan sistem CCRIS dan secara automatik mengeluarkan laporan kredit / entiti individu semasa proses kelulusan kredit / pinjaman.
Setiap institusi kewangan yang mengambil bahagian (Termasuk semua bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan, bank pembangunan, beberapa syarikat-syarikat insurans, pengeluar instrumen pembayaran dan institusi pemulihan) dikehendaki mengemukakan amalan kredit pelanggan mereka untuk sistem berpusat ini.
Cara Semak Status CCRIS
Sebelum anda boleh membuat semakan CCRIS secara online, anda perlu mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau di Cawangan AKPK berdekatan.
Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan CCRIS secara online;
1) Log in Masuk
- Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my menggunakan pelayar Internet Explorer 11 atau Google Chrome
- Klik “Log Masuk Kali Pertama”
Layari laman web https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik pada “First Time Login” - Mulakan pendaftaran di laman web eCCRIS tersebut.
Apabila selesai pendaftaran, anda kini boleh membuat semakan CCRIS secara online sahaja seperti tatacara infografik di bawah ini;
2) Pada Laman “Log Masuk Kali Pertama” atau “First Time Login”
- Pilih “Kewarganegaraan” daripada senarai yang disediakan
- Sila isi maklumat berikut seperti Nombor ID (12 digit MyKad/ nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport) dan Nombor PIN (6 digit kod yang dihantar ke nombor telefon mudah alih pengguna yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun eCCRIS)
- Klik butang “Hantar”
3. Tetapkan ID Pengguna/ Kata Laluan
- Masukkan ID Pengguna anda untuk mengakses eCCRIS, alamat e-mel yang digunakan dan tukar Kata Laluan. Panjang kata laluan hendaklah mininum 10 karakter, yang mengandungi gabungan huruf besar (A-Z), huruf kecil (a-z), angka (0-9) dan karakter istimewa ”~!@#$%^&*()_+”
- Klik butang “Hantar”
4. Pada skrin “Tetapan Keselamatan”
- Pilih satu imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Pilih soalan keselamatan dan berikan jawapan bagi setiap soalan keselamatan yang dipilih
- Klik butang “Hantar”
5. Mesej Pengesahan
Setelah mengisi semua maklumat yang diminta, satu mesej pengesahan penerimaan akan dipaparkan seperti berikut :-
6. Cara Dapatkan Laporan CCRIS
Sila ikuti arahan berikut:
(1) Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my
(2) Masukkan ID Pengguna (seperti yang dipilih oleh pengguna)
(3) Klik butang “Seterusnya”
Sekiranya imej dan frasa keselamatan sama seperti imej dan frasa keselamatan yang dipilih oleh pengguna, klik butang “Ya” untuk langkah seterusnya.
Masukkan kata laluan dan klik butang “Log Masuk”
Sekiranya berjaya log masuk, laman utama eCCRIS akan dipaparkan.
Untuk mendapatkan laporan CCRIS, pilih “CARIAN”, kemudian klik “Carian Sendiri – Individu”
7. Kenyataan Penafian
Nyatakan persetujuan anda terhadap kenyataan Penafian, dengan menanda kotak “Saya Setuju”. Seterusnya, klik butang “Carian Laporan”.
8. Muat Turun Salinan Laporan CCRIS
Cara untuk memuat turun/ simpan salinan laporan CCRIS adalah seperti berikut :-
- Semasa laporan tersebut dipaparkan pada skrin, klik butang “Muat turun”
- Kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk muat turun laporan tersebut
- Klik “Open” untuk melihat laporan atau Klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan di tempat simpanan anda sendiri
- Laporan yang telah dimuat turun akan disimpan dalam Portable Document Format (PDF) dan dilindungi oleh kata laluan seperti berikut:-
Tarikh carian laporan (contoh: 30Oct2018, 10Feb2018)
Tiga (3) aksara pertama ID Pengguna anda (Ahmad, Hanafi)
Contoh: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han - Selepas memasukkan kata laluan, klik butang OK untuk membuka laporan.
- Anda memerlukan perisian yang boleh membuka fail PDF, untuk melihat semula laporan yang telah disimpan
Tags: #apa itu ccris #Apakah CCRIS? #cara semak ccris #Cara Semak CCRIS Online #ccris #ccris online #semak ccris #semak ccris online #status ccris