Tidak dinafikan kecantikan yang dimiliki bintang bernama Priyanka Chopra menjadi idaman dan dicemburui setiap wanita diluar sana.
Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik, bekas Miss World 2000 ini juga memiliki tubuh badan yang langsing dan menggoda.
Menerusi Vogue Magazine, anak kelahiran India ini berkongsi petua kecantikan yang diamalkan secara turun-temurun dari keluarganya.
Ternyata, aktres filem Baywatch dan Bajirao Mastani ini mengamalkan tiga DIY scrub untuk mendapatkan kecantikan secara semula jadi.
Nak tahu rahsia kecantikan Priyanka Chopra, jom semak artikel dibawah.
1. Scrub Bibir
Untuk mendapatkan bibir yang merah dan mungil secara semula jadi, wanita berusia 35 tahun ini mengamalkan scrub bibir secara teratur.
Bahan-bahan:
- Garam Laut
- Gliserin Sayur-sayur
- Air Mawar
Cara Rawatan:
Campurkan sedikit garam laut bersama-sama gliserin sayur-sayuran dan air mawar di dalam mangkuk. Setelah siap sebati, oleskan campuran ini ke permukaan bibir anda. kemudian biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Jika dilakukan secara rutin, pasti akan mendapat bibir idaman anda.
2. Scrub Kulit Kepala
Rawatan ini sangat sesuai buat anda yang mengalami kulit kepala yang kering dan berkelemumur.
Bahan-bahan:
- Yogurt Penuh Lemak
- Madu
- Telur
Cara Rawatan:
Masukkan ketiga-tiga bahan diatas ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, sapukan adunan yogurt penuh lemak, madu dan telur berkenaan pada kulit rambut. Sebelum dibilas dengan menggunakan shampu dan air suam, pastikan anda biarkan adunan ini selama 30 minit. Untuk info, yogurt sememangnya mampu menghidrat dan menyejukan kulit kepala anda.
3. Scrub Badan
Selain menghidrat dan mengelupas sel kulit mati, rawatan scrub ini juga dapat melembap kulit dan menghilangkan kotoran dan daki pada tubuh badan.
Bahan-bahan:
- Secawan Tepung Serbaguna
- Yogurt
- 1/2 Buah Lemon
- Serbuk Kunyit
- Serbuk Cendana
- Susu Penuh/Susu Skim (untuk kulit berminyak)
Cara Rawatan:
Pertama, masukkan secawan tepung serta yogurt ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga menjadi pes. Tambah sedikit perahan lemon dan susu penuh ke dalam pes ini. Seterusnya, campurkan sedikit serbuk kunyit dan cendana. Ingat, pastikan scrub ini tidak kekuningan dan kacau sehingga sebati. Aplikasikan scrub ini di bahagian badan dan biarkan kering seketika selama 30 minit. Anda disarankan untuk bersihkan badan anda dengan air bersih atau mandi untuk menghilangkan scrub.
Tags: #Cara Sediakan DIY Scrub #diy body scrub coffee #homemade bath scrub #homemade body scrub coconut oil #homemade body scrub for dry skin #homemade body scrub for glowing skin #homemade body scrub whitening #homemade scrub for glowing skin #homemade scrubs for face #Nak Cantik Macam Priyanka Chopra #Petua Kecantikan Priyanka Chopra #Priyanka Chopra Kongsi Petua Kecantikan #Tips Kecantikan Priyanka Chopra