Ulser mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak. Ulser mulut atau dikenali juga dengan nama mata ikan atau serawan merupakan luka dalam mulut berwarna putih atau kuning, dikelilingi warna kemerahan dan menyakitkan.
Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Kebiasaannya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit. Namun, sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.
Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.
Punca Ulser Mulut :
- Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
- Daya menahan sakit yang lemah.
- Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
- Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
- Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
- Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
- Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering.
- Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
Tanda-tanda Ulser Mulut :
- Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
- Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga milimeter besarnya.
- Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Petua Merawat Ulser Mulut
- Air garam
Cara ini adalah kaedah rawatan tradisional yang paling popular diamalkan untuk menghilangkan ulser mulut. Kaedah tradisional ini telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi dan berkesan kerana air garam boleh membunuh kuman pada ulser mulut. Air garam yang bersifat asidik, memberikan keadaan yang tidak sesuai kepada bakteria untuk hidup dan membiak. Sediakan 1 sudu teh serbuk garam dan segelas air. Masukkan garam tersebut dan kacau sehingga sebati lalu berkumur dengan air tersebut 3 kali sehari.
- Air Kelapa
Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.
- Marjerin
Mungkin anda tidak tahu bahawa marjerin mampu mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.
- Lemon atau Limau
Perah sedikit jus lemon,oren atau limau dan sapukannya pada ulser tersebut dengan menggunakan jari (sudah dibersihkan) atau putik kapas. Ulangi cara ini sebelum dan selepas anda makan makanan berat.
- Madu Lebah
Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.
- Mouthwash
Anda juga boleh menggunakan mouthwash seperti Listerine atau Colgate Plax untuk menghilangkan ulser mulut. Cara penggunaannya adalah sama dengan penggunaan biasa mouthwash, berkumur kemudian ludah. Berkumur sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Sekiranya anda mengalami ulser mulut di tekak, maka cara ini adalah terbaik. Anda perlu kumur mouthwash ini agar sampai pada tempat ulser tersebut. Tetapi ingat, jangan telan.
- Ais Kiub
Ini juga tips yang boleh anda cuba iaitu meletakkan ketul ais atau kiub ais untuk meredakan bengkak dan denyut pada tempat ulser itu. Sebenarnya, ais ini lebih kepada mengecutkan ulser mulut agar tidak membengkak dan mengurangkan radang.
- Asam Keping Atau Asam Gelugur
Ini antara petua yang selalu diamalkan oleh nenek moyang kita. Letakkan asam keping atau asam gelugur di tempat yang diserang ulser itu untuk beberapa tempoh masa tertentu. Anda boleh ulang sebanyak 3 hingga 4 kali dalam sehari.
- Soda penaik
Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.
- Bonjela Atau Aloclair Spray
Biasanya ada 2 krim yang biasa dicadangkan oleh doktor iaitu Bonjela dan Aloclair Spray. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana farmasi atau klinik. Krim Bonjela agak pedih bagi kanak-kanak. Justeru, jika yang terkena ulser mulut itu adalah anak anda, lebih baik gunakan Aloclair Spray yang lebih mesra kanak-kanak.
Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Apabila Terkena Ulser Mulut :
- Makan makanan lembut dan elakkan makan makanan panas dan pedas.
- Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
- Banyakkan minum air masak dan kurangkan air berasid.
- Gunakan pencuci antiseptik mulut untuk berkumur.
- Sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit contoh bonjela atau gel yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
- Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan atau Arcalion.
- Ambil mineral zink dan zat besi, asid folik dan Vitamin B 12.
- Untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
- Pengambilan probiotik seperti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau yogurt) mungkin boleh membantu.
- Jika sakit ulser berterusan melebihi 14 hari,dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor.
Gambar Penyakit Ulser Mulut
Tags: #Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan #Cara Menghilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan #cara merawat ulser mulut #Cara Rawat Ulser Mulut #Cegah ulser mulut daripada berlarutan #langkah-langkah perlu diambil apabila terkena ulser mulut #mata ikan #petua merawat ulser mulut #Petua Merawat Ulser Mulut Dengan Cepat #punca ulser mulut #rawatan ulser mulut #serawan #simpton ulser mulut #tanda-tanda ulser mulut #ulser #ulser mulut #ulser mulut yang banyak ulser lidah dewasa gambar ulser mulut ulser mulut kanak-kanak