Sejak tahun 2016, pasport Malaysia antarabangsa boleh diperbaharui secara atas talian. Kemudahan ini ternyata mudah dan cepat serta menjimatkan masa anda. Melalui perkhidmatan secara online ini, anda hanya perlu mengisi beberapa butiran peribadi, memuat naik gambar dan membuat pembayaran. Selesai melakukan permohonan, sistem akan memberikan tarikh dan masa untuk mendapatkan pasport baru, dan pengguna hanya perlu menghadirkan diri dan mengambilnya sahaja.
Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
Untuk waktu serahan pula, permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
Cara Perbaharui Pasport Malaysia Secara Online
Langkah-langkah
- Buka link berikut : https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
- Sebelum anda masuk ke laman web ini untuk memperbaharui pasport, bawa thumb drive anda ke studio atau kedai foto berdekatan dan dapatkan foto pasport anda. Anda tidak perlu mencetaknya tetapi simpan salinan digital dalam format jpeg supaya anda boleh lampirkan foto digital tersebut untuk permohonan anda.
- Apabila anda melihat paparan seperti dalam gambar di bawah, sila pilih sama ada pemohon berusia 18 tahun ke atas atau bawah 18 tahu. Kemudian isi maklumat yang diminta.
- Pilih pejabat untuk membuat pungutan. Contohnya jika anda menetap di Kedah, pilihlah Alor Setar.
- Kemudian pilih jenis pasport yang ingin diperbaharui dan jenis kad pengenalan anda.
Spesifikasi foto
- Latar belakang foto mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
- Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
- Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung atau hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
- Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
- Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan atau serahan passport.
- Sila lihat gambar contoh di bawah untuk keterangan lanjut.
Terma dan syarat
- Pemohon mesti berumur 13 tahun ke atas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
- Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat atau akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
- Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
- Pemohon mesti memuatnaik gambar atau foto bersaiz pasport yang terbaharu.
- Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
- Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
- Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
- Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
- Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
- Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
- Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
- Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport atas talian (MyOnline).
- Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
- Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
Tags: #Cara memperbaharui pasport Malaysia secara online #cara renew pasport malaysia atas talian #cara renew pasport online #jabatan imigresen malaysia passport renewal #langkah memperbaharui pasport malaysia #malaysian passport renewal documents #panduan renew pasport malaysia online #passport malaysia application form #renew malaysian passport before expiry #renew pasport secara online #renew passport #renew passport malaysia 2017 #renew passport malaysia location #renew passport malaysia utc #renew passport online malaysia #renew passport online malaysia how long #spesifikasi foto pasport