Biasanya kalau merebus daging, ia memerlukan masa yang agak lama untuk melembutkan struktur daging yang dimasak. Merebus daging memerlukan api yang perlahan. Selain itu, kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Kaedah yang akan dikongsi ini amat berbeza sekali. Ia hanya memerlukan bahan ringkas sebagai tambahan untuk melembutkan lagi daging dalam masakan anda.
Dengan ini, dikongsikan tips senang dan pantas.
Cara-caranya adalah seperti berikut :
- Semasa menyediakan sup daging di dalam periuk, masukkan sebiji gula-gula Hacks dalam masakan tersebut dan kacau sehingga sebati.
- Nescaya daging sup tersebut akan lembut dan tiada bau gula-gula dalam makanan.
Cara lain yang boleh anda cuba adalah:
- Memasukan hirisan betik muda yang dibuang kulit dalam masakan gulai daging.
- Memasukan tempe dalam masakan gulai daging.
Tags: #cara nak lembutkan daging #daging lembut semasa masak #teknik lembutkan daging #tips nak lembutkan daging #tips nak lembutkan daging dengan cepat