Mempunyai pendapatan pasif setiap bulan
Pakar berkata ramai orang kaya di dunia ini mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif. Maksud pendapatan pasif dalam bahasa mudah adalah, duit masuk tanpa kita perlu bekerja untuknya. Contoh pendapatan pasif adalah membeli rumah, dan menyewakannya kepada orang lain. Kita sebagai pemilik rumah akan mendapat sewa pada setiap bulan tanpa kita perlu bekerja untuk perkara itu.Berbanding pendapatan aktif, kita perlu bekerja dan menjual hasil perkhidmatan untuk memperolehi pendapatan.
Hidup di bawah kemampuan
Itu antara syarat ketat untuk menjadi kaya dengan makan gaji. Adakalanya kerana mengikut trend sedia ada, kita jadi pak turut supaya tidak ketinggalan. Contoh, trend membeli kereta model terkini atau membeli telefon pintar. Sedangkan kita sedar, kita belum mampu barang tersebut dengan gaji sedia ada.
Simpanan wajib
Tetapkan matlamat jumlah berapa yang ingin disimpan. Antara cara orang kaya adalah mereka simpan dulu, baru berbelanja. Pemikiran dan jiwa kita akan berbeza apabila kita ada simpanan wang yang banyak. Bayangkan perasaan kita apabila ada simpanan RM10 dengan RM10,000. Mana lebih seronok?
Berbelanja dengan berhemah
Amalkan prinsip “tengok poket sendiri”. Berbelanja hanya ketika perlu sahaja bukan kemahuan.
Tags: #bisness orang makan gaji #cara duit lebih walaupun kerja makan gaji #cara jana duit poket #cara nak kaya dengan selamat #cara simpan duit lebih #cara tambah duit lebih #tips nak tambah duit masa depan