Jangan mengambil mudah pada masalah penyakit gatal yang datang menyerang badan. Jika dilihat sekilas, penyakit gatal di badan adalah suatu penyakit kecil. Namun masalah kecil ini jika dibiarkan terus menerus maka akan menjadi masalah besar kepada anda. Gatal di badan jika dibiarkan maka akan semakin serius dan mungkin juga boleh berjangkit kepada orang lain. Kulit tidak akan mulus lagi jika kita tidak segera menghilangkan gatal di badan secara cepat.
Namun, tahukah anda apakah sebab berlakunya gatal-gatal pada badan? Berikut adalah beberapa sebab kebiasaan badan menjadi gatal.
Penyebab Umum Muncul Rasa Gatal Di Badan
- Faktor Makanan
Salah satu sebab berlaku gatal di badan adalah kerana faktor makanan. Makanan yang dimakan terdapat jenis makanan yang menyebabkan rasa gatal. Contohnya adalah makanan laut, makanan laut bercangkerang, susu, telur, makanan jenis kekacang dan lain-lain. Ketahuilah jenis makanan yang dapat menyebabkan rasa gatal di tubuh anda dan kurangkan untuk mengambil makanan yang dapat menimbulkan alergi gatal di badan.
- Kurang Menjaga Kebersihan
Menjaga kebersihan adalah penting untuk menjaga kulit supaya tidak gatal. Kebersihan perlu dititikberatkan mulai dari kebersihan persekitaran hinggalah kebersihan badan. Persekitaran yang bersih terbebas dari bakteria yang menyebabkan berbagai penyakit seperti penyakit gatal. Jagalah kebersihan badan dengan rajin mandi terutama ketika selesai melakukan kerja berat, bersukan dan apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh. Banyak penyakit kulit yang melibatkan kegatalan bermula dari sikap malas mandi. Contoh penyakit panau, kurap, kudis, dan lain-lain.
- Terkena Gigitan Serangga
Serangga seperti nyamuk sangat mudah berkembang biak pada tempat-tempat yang kotor dan agak berbahaya jika kita terkena gigitan serangga seperti pepijat, nyamuk, ulat bulu dan lain-lain gigitan dari serangga dan juga terkena haiwan kecil yang gatal merupakan salah satu punca gatal pada kulit.
- Disebabkan Penyakit
Gatal juga terjadi kerana kita mempunyai penyakit yang dapat menyebabkan rasa gatal di badan. Contohnya seperti penyakit cacar air. Dari parut dan bahagian kulit yang terkena cacar air, ketika sudah mengering umumnya akan menyebabkan rasa gatal di seluruh tubuh.
Cara Menghilangkan Gatal Pada Badan
Terdapat dua cara untuk mengatasi gatal di badan iaitu dengan menggunakan ubat moden dan menggunakan ubat tradisional atau secara alami. Kedua-duanya dapat menyelesaikan masalah gatal di badan anda, namun terdapat perbezaannya. Salah satu perbezaannya adalah harga dan kos yang diperlukan. Tentunya cara tradisional lebih menjimatkan kos.
Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan dan mengatasi masalah gatal di badan tanpa menggunakan ubat moden.
- Garam Dicampur Dengan Minyak Masak
Ambil piring kecil dan tuangkan minyak goreng secukupnya dan campurkan sedikit garam. kacau sehingga rata dan kemudian sapukan campuran garam dan minyak goreng tersebut ke bahagian tubuh yang terasa gatal.
- Halia
Caranya ambil halia sebanyak 30 gram lalu cuci sampai bersih. Kemudian ambil juga cuka sebanyak 60 ml, gula merah dan beras putih secukupnya. Lalu bahan-bahan tersebut anda rebus hingga air rebusan tersisa tinggal setengah. Tunggu sampai sejuk lalu saringkan air rebusan halia dan minum secara teratur.
- Lemon
Basahkan bebola kapas dalam jus lemon dan sapu pada tempat gatal. Biarkan ia kering dan bilas. Lakukan dua kali sehari.
- Lidah Buaya (Aloe Vera)
Kandungan aloe vera yang terdapat dalam jel lidah buaya mampu untuk menghilangkan gatal di badan. Ambil daun lidah buaya dan potong menjadi dua. Lalu ambil jel lidah buaya dan sapukan pada bahagian badan yang terasa gatal. Lakukan dengan kerap agar proses penyembuhan berlaku dengan cepat.
- Daun Basil dan Daun Thyme
Daun ini selalunya digunakan dalam masakan seperti spageti atau pizza. Tumbuk daun basil sehingga lumat dan tekap pada tempat gatal. Lakukan sekerap mungkin. Bagi daun thyme pula, rebus satu sudu daun dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain pada air itu. Lap pada tempat yang gatal.
- Minyak Kelapa Dara Dan Lemon
Ambil sedikit air perahan lemon dan campurkan dengan 4 sudu makan minyak kelapa dara. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang gatal, biarkan selama semalaman. InsyaAllah, masalah gatal pada kulit yang dihadapi akan berkurangan.
- Kulit Pisang
Ambil kulit pisang dan tempelkan bahagian dalam kulit pisang pada kulit yang terasa gatal. Kemudian gosokkan kulit pisang secara lembut dan perlahan.
- Cuka Epal
Sama seperti jus lemon, guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal. Selain itu juga, jika gatal di bahagian kaki atau mana-mana bahagian badan, boleh rendamkan bahagian gatal beberapa minit ke dalam air panas suam yang dicampur dengan cuka epal dan garam.
- Soda Penaik
Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. Sapu pada bahagian gatal. Lakukan setiap hari hingga rasa gatal hilang.
- Kunyit Dan Daun Hempedu Bumi
Ambil kunyit hidup yang sudah tua dan beberapa helai daun hempedu bumi. Bersihkan terlebih dahulu kunyit dan daun hempedu bumi, tumbuk atau giling sampai lumat. Sapukan ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang gatal.
- Oatmeal
Masukkan sedikit air ke dalam satu cawan oatmeal. Sapu pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam. Kemudian bilas.
Tags: #cara kurangkan gatal di badan #cara menghilangkan gatal di badan #cara merawat gatal #kenali penyebab gatal gatal pada kulit #petua hilangkan gatal #petua tradisioonal atasi gatal #punca gatal di badan #punca kegatalan pada kulit #tips hilangkan gatal #ubat gatal kulit paling berkesan #ubat gatal kulit paling mujarab #ubat gatal kulit tradisional