Cara Menyimpan Wang Paling Bijak! Ini 9 Tabung Golongan Muda Patut Wujudkan.

Cara Menyimpan Wang Paling Bijak! Ini 9 Tabung Golongan Muda Patut Wujudkan.

Cara Menyimpan Wang Paling Bijak

Amalan menyimpan wang adalah amalan yang baik untuk dipraktikkan sejak awal. Bagi golongan muda, amalan ini pastinya akan memberi banyak manfaat pada kemudian hari. Menyimpan wang memang memerlukan usaha, disiplin dan teknik yang betul agar anda tidak cepat bosan. Jom kenali beberapa jenis tabung yang boleh dipraktikkan oleh golongan muda pada hari ini.

  1. Tabung Duit Syiling

Tiap kali balik kerja, semua syiling yang bertimbun itu anda masukkan dalam tabung syiling di rumah. Anda juga boleh menyimpan dalam tabung anak-anak sebagai galakan untuk menyemai tabiat menyimpan anak anda.

  1. Tabung Hijau

Setiap kali anda mendapat wang berwarna hijau (RM5), asingkan wang tersebut. Apabila sampai di rumah, masukkan dalam tabung warna hijau. Anda akan berasa seronok apabila melihat tabung itu penuh dengan wang berwarna hijau.

  1. Tabung 10% Gaji

Lakukan secara konsisten setiap kali menerima gaji. Walau apapun kesulitan kewangan yang anda alami, jangan gunakan wang ini. Anda boleh meningkatkan jumlah simpanan ini apabila pendapatan anda bertambah, iaitu kepada 20% atau 30%.

  1. Tabung Oren

Bila anda dapat mendisiplin diri dengan tabiat menyimpan, anda boleh meningkatkan jumlah simpanan, iaitu menyimpan pula wang berwarna oren (RM20). Tentu anda akan teruja apabila membuka tabung tersebut yang dipenuhi dengan wang berwarna oren.

  1. Tabung Umrah

Anda boleh menyimpan RM150 secara konsisten setiap bulan. Dengan unjuran dividen sekurangkurangnya 5% setahun, dalam tempoh 5 tahun, anda mempunyai wang sebanyak RM10,000. Wang tersebut mencukupi untuk anda pergi menunaikan umrah. Jika anda menyimpan RM300 pula, anda boleh pergi bersama isteri anda.

  1. Tabung Kecemasan

Tabung kecemasan yang menyamai tiga bulan gaji perlu anda sediakan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kecemasan, seperti anda diberhentikan kerja. Selepas anda berjaya menyimpan sejumlah tersebut, anda boleh menaikkan jumlah tabung kecemasan yang bersamaan enam bulan gaji pula.

  1. Tabung Rumah

Jika anda ingin membeli rumah, anda sekurangkurangnya mempunyai 10% daripada harga rumah sebagai wang pendahuluan, yuran guaman dan lain-lain. Jika anda ingin membeli rumah berharga RM100,000, maka anda perlu mempunyai RM10,000. Mulakan tabungan untuk mendapatkan wang berjumlah RM10,000 tersebut.

  1. Tabung Kahwin

Tabung kahwin ini penting untuk mengelak diri anda daripada mengambil pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan. Anda boleh memulakan tabung ini walaupun anda belum ada calon yang sesuai. Kedua-dua pasangan lelaki dan perempuan perlu mempunyai tabung ini.

  1. Tabung Keriangan

Anda mungkin ingin memberikan hadiah untuk diri anda sendiri. Tidak salah jika anda merancangnya dengan baik. Jika anda menyimpan sebanyak RM100 sebulan, maka dalam tempoh setahun, anda telah mempunyai sebanyak RM1,200 yang boleh digunakan untuk melancong dan berhibur.

Rujukan :

https://www.thevocket.com

logo-150x150 Cara Menyimpan Wang Paling Bijak! Ini 9 Tabung Golongan Muda Patut Wujudkan.

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Menyimpan Wang Paling Bijak! Ini 9 Tabung Golongan Muda Patut Wujudkan.

Loading...

Tags: #cara efektif mengumpul wang #cara menyimpan duit di rumah #cara simpan duit #cara simpan wang yang betul #duit poket #elak pembaziran dengan menyimpan duit #menabung #tabung #tabung kecemasan #tabung rumah #teknik bijak menabung #tips menabung #tips menyimoan wang #tips simpan duit

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Leave a reply "Cara Menyimpan Wang Paling Bijak! Ini 9 Tabung Golongan Muda Patut Wujudkan."