Menyanyi adalah satu kegiatan yang sederhana namun sangat menghiburkan. Bagi mereka yang minat menyanyi, pusat karaoke ataupun aplikasi Smule pastinya menjadi tempat dan medium untuk melepaskan suara dengan menyanyi lagu-lagu yang digemari.
Percaya tidak percaya, ramai orang yang hobinya menyanyi dan mempunyai suara yang merdu, tetapi tidak dapat menyanyi dengan baik dan memberikan vokal pada tahap optimal kerana tidak mengetahui teknik vokal dan melatih olah vokal dengan baik.
Dalam dunia tarik suara, melatih olah vokal adalah satu perkara yang penting agar seorang vokalis dapat menyanyikan sebuah lagu dengan sebaik mungkin. Perkara terpenting dalam melatih vokal adalah teknik pernafasan. Olah nafas yang sempurna akan memaksimakan kualiti vokal seorang vokalis.
Ketika menyanyi, anda harus mengeluarkan suara dengan baik sehingga suara yang anda hasilkan akan terdengar indah dan merdu. Berikut adalah cara-cara untuk menyanyi dengan baik dari segala aspek.
Pemanasan
Cara pertama yang wajib anda lakukan ialah melakukan pemanasan supaya semasa menyanyi, suara anda stabil dan tidak silap. Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu lakukan sebagai pemanasan sebelum bernyanyi.
- Lakukan peregangan otot-otot tubuh dari kepala sampai kaki
- Lakukan olah pernafasan
- Lakukan senam rongga mulut dan lidah, supaya sirkulasi udara dan pernafasan menjadi lebih baik
- Senandungkan nada meliputi do-re-mi-fa-so-la-si-do, atau yang kita kenal sebagai teknik humming
- Lakukan tahap-tahap pemanasan di atas berulang-ulang sampai suara anda benar-benar rileks
Postur Tubuh Ketika Menyanyi
Postur yang baik ketika meyanyi ialah berdiri dengan tidak meletakkan beban pada salah satu kaki. Maksudnya, postur berdiri anda adalah tegak, dengan membahagikan beban sama rata pada kedua kaki dan membuatnya seimbang.
Perkara ini juga bermanfaat agar tubuh anda lebih rileks dan dapat turut bergerak mengikuti irama lagu yang anda nyanyikan, sehingga kesannya ketika mengeluarkan suara, anda terasa lebih enjoy.
Untuk menghasilkan kualiti vokal yang bagus, saluran nafas tidak boleh terganggu. Maka aturlah posisi tubuh seselesa mungkin tanpa mengganggu jalur pernafasan.
Teknik Pernafasan
Anda juga perlu menerapkan teknik pernafasan yang betul ketika menyanyi. Teknik pernafasan yang baik yang diperlukan adalah mengatur nafas dengan cara menghirup udara dengan cepat dan sedalam-dalamnya yang kemudian dioptimalkan dengan mengeluarkanya secara perlahan, semakin lama akan semakin bagus.
Usahakan suara nafas agar tidak menimbulkan bunyi dan bunyi nafas itu tidak masuk ke microfon ketika menyanyikan sesebuah lagu.
Secara umumnya, teknik pernafasan terbahagi kepada tiga iaitu :
- pernafasan perut
- pernafasan dada
- pernafasan diafragma.
Pernafasan perut adalah menghirup udara dan menyimpannya dalam perut, efek yang ditimbulkan adalah udara yang tersimpan akan cepat habis (dikelaurkan). Pernafasan ini kurang disyorkan untuk menyanyi kerana selain udara cepat habis keluar, ia juga akan menyebabkan tubuh cepat berasa letih.
Pernafasan dada pula, teknik ini dipraktikkan dengan cara menghirup udara dan menyimpannya dalam dada. Teknik nafas ini sesuai untuk membawakan lagu dengan nada rendah.
Yang ketiga iaitu pernafasan diafragma adalah menyimpan nafas dalam diafragma, iaitu antara perut dengan dada. Teknik pernafasan ini sangat bagus bagi seorang penyanyi. Dengan pernafasan ini, seorang penyanyi akan dapat memaksimakan kekuatan power suara dan kualiti vokal akan lebih terjaga dan stabil.
Perkara-perkara yang perlu diperhatikan dalam melatih pernafasan :
- Posisi/postur tubuh yang baik dan betul harus dijaga
- Saat mengambil nafas tidak berbunyi atau terdengar
- Saat mengambil nafas, tulang rusuk bahagian bawah dikembangkan
- Saat menghembuskan, nafas di dada tetap harus dijaga
Kemampuan Artikulasi yang Baik (Phrasering)
Artikulasi (Phrasering) atau pengucapan kata (lirik) ketika menyanyi sangat penting untuk diperhatikan. Dengan artikulasi yang baik, suara anda akan kedengaran lebih jelas. Sebuah lagu akan enak didengar bukan hanya kerana pengaturan nafas yang sempurna tapi juga bait-bait lirik lagu yang dibawakan dapat didengar dan dihayati dengan jelas.
Cara paling sederhana dalam berlatih meningkatkan kelancaran artikulasi ialah dengan menyebut vokal (A, I, U, E, O) dengan jelas, saat melakukan pemanasan sebelum bernyanyi.
Menguasai Intonasi
Mengapa intonasi perlu untuk dikuasai? Hal ini demikian kerana intonasi merupakan “pembidik nada” yang jitu supaya anda mampu menyanyikan nada dengan tepat. Agar suara seorang penyanyi tidak salah, penguasaan intonasi menjadi perkara wajib yang tak boleh diabaikan. Sebuah lagu akan sedap didengar kerana pengaturan nada yang tepat. Sama ada nada tinggi mahupun nada rendah, intonasi harus dilakukan secara tepat.
Berikut adalah sifat/karakteristik nada yang perlu anda ketahui :
- durasi/tempo : tempoh lamanya suatu nada harus dibunyikan
- intensiti nada : keras atau lembutnya nada yang harus diucapkan
- pitch : akurasi nada (ketepatan nada)
- timbre/tone color : warna suara atau jenis suara yang berbeza-beza dari setiap orang
Teknik Vibrasi
Penguasaan teknik vibrasi atau vibrato dalam olah vokal juga merupakan perkara yang perlu diketahui. Vibrasi, vibra atau vibrato bererti getar, jadi maksudnya getaran suara dalam menyanyi. Hiasi lagu dengan membuat suara bergelombang atau bergetar secara teratur. Ini dapat dilakukan pada hujung akhir setiap baris lirik lagu.
Menjaga kesihatan dan Kualiti Suara
Untuk menyanyi dengan baik, anda perlu menjaga kualiti dan kesihatan suara anda. Untuk memiliki suara yang baik dan berkualiti, amalkan tips-tips berikut :
- Perbanyak minum air kosong/ air masak
- Hindari minuman beralkohol
- Istirehat yang cukup
- Hindari merokok
- Elakkan minuman yang mengandungi kafein dan bergas
Jangan terlalu memaksa suara untuk terus dipacu dan berteriak sekuat-kuatnyanya ketika menyanyi dan atau dalam keadaan tertentu
Tags: #Belajar Menyanyi Untuk Pemula #Cara bernyanyi yang baik dengan teknik vokal yang baik #cara karaoke dengan baik #cara melatih vokal sendiri di rumah #cara memerdukan suara dengan cepat #cara menjaga kualiti suara #cara menyanyi dengan baik #Cara Menyanyi Dengan Baik Agar Suara Tidak Sumbang #cara menyanyi dengan betul #cara menyanyi dengan nada tinggi #menjaga kesihatan suara #teknik nyannyian #teknik pernafasan dalam menyanyi #Tip-Tip Asas Nyanyian #tips belajar menyanyi #Tips Nyanyian Hebat