Cara Menumbuhkan & Melebatkan Jambang Seperti Wak Doyok!

Lebatkan Jambang Seperti Wak Doyok

Bukan semua lelaki mampu untuk memiliki jambang. Ada juga yang mempunyai masalah dimana jambang susah untuk tumbuh.

Tidak semua lelaki itu mudah untuk memanjangkan jambangnya, khususnya lelaki Melayu yang tidak seperti lelaki  Arab yang kebanyakan mempunyai jambang yang panjang dan lebat.

Sebenarnya lebat atau tidaknya pertumbuhan jambang ini bergantung pada hormon dan genetik seseorang. Jadi ada orang yang pertumbuhan jambangnya cepat, ada juga yang sulit untuk memiliki jambang atau menumbuhkannya.

Benarkah kata orang, lelaki yang mempunyai jambang ini dikatakan ‘macho’? Melihat pada trend pada masa kini, kebanyakan lelaki muda cenderung untuk menyimpan jambang.

Ada golongan wanita yang berpendapat, lelaki yang berjambang kemas itu kelihatan seksi. Tetapi bergantung pada cara penampilan diri juga. Kekemasan juga harus dititikberatkan.

Bagi anda yang ingin kelihatan ’macho’ dengan jambang , ini dia beberapa tips untuk menggalakkan pertumbuhan jambang serta melebatkan jambang.

  1. Mentega

Siapa sangka mentega yang diguna pakai untuk masakan juga amat berguna untuk perawatan kecantikan dan juga dapat digunakan untuk menumbuhkan berbagai jenis rambut di tubuh, termasuk untuk menumbuhkan dan melebatkan jambang. Caranya mudah sahaja.

Bersihkan dahulu area jambang atau area wajah yang ingin ditumbuhi jambang. Ambil mentega secukupnya, lalu sapukan pada area kulit wajah yang ingin ditumbuhi jambang. Biarkan selama beberapa minit, sekitar 30  minit hingga 1 jam, agar mentega meresap ke dalam kulit.

Setelah itu, bilas dengan air hingga bersih. Lakukan cara ini setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur. Untuk mendapatkan hasil yang baik, gunakan tips ini selama dua minggu secara rutin.

  1. Lidah buaya

Lidah buaya dikenali sebagai tanaman yang kaya dengan manfaat. Seperti manfaat lidah buaya untuk kecantikan dan kulit, lidah buaya juga dapat membantu untuk menumbuhkan dan melebatkan rambut di tubuh termasuklah jambang.

Tidak hairanlah jika terdapat banyak produk rawatan rambut yang menggunakan bahan lidah buaya sebagai ramuannya.

Caranya, ambil daun lidah buaya secukupnya lalu belah bagian tengahnya dengan pisau atau gunting. Gunakan bahagian jel lidah buaya untuk disapukan ke area wajah yang ingin ditumbuhi jambang. Biarkan sehingga mengering dan meresap ke dalam kulit wajah dan kemudian bilas dengan air hingga bersih. Lakukan ini sebagai rutin harian selama dua minggu.

  1. Telur udang

Telur udang yang mempunyai kandungan protein dan merupakan jalan alternatif bagi mereka yang ingin mendapatkan rambut yang lebat. Telur udang selalu digunakan oleh orang yang mengalami keguguran rambut yang sangat parah. Begitu juga untuk pertumbuhan jambang, anda juga dapat menggunakan bahan alami ini sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan jambang. Sebaiknya, gunalah telur udang yang masih menempel di udangnya.

Cara menggunakan telur udang untuk menumbuhkan jambang ialah dengan mengambil telur udang yang menempel di udang mentah menggunakan kain atau ka telur udang tadi ke bahagian berjambang atau daerah wajah yang ingin ditumbuhi jambang. Biarkan sehingga meresap. Selepas itu, bilas dengan air hingga bersih. Lakukan cara ini sekali sehari sebelum anda tidur.

Cara ini cukup efektif untuk menumbuhkan jambang bila dilakukan secara rutin. Tetapi penggunaan telur udang meninggalkan bau yang kurang enak. Oleh hal demikian, anda bolehlah membilasnya dengan sabun untuk menghilangkan bau kurang enak di wajah.

  1. Minyak zaitun

Mminyak zaitun dikenal sebagai salah satu bahan tradisional yang memiliki khasiat bagus untuk pertumbuhan rambut.

Gunakan minyak zaitun secara rutin pada daerah wajah yang hendak ditumbuhi jambang. Selain bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut, minyak zaitun juga sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit wajah. Jadi selain mendapatkan jambang, anda juga dapat memiliki kulit lembap dan sihat.

Caranya, cuci muka terlebih dahulu untuk membersihkan pori-pori dari kotoran, kemudian sapukan minyak zaitun secara rata ke permukaan kulit yang ingin ditumbuhi jambang. Jika anda melakukannya sebelum tidur malam, anda boleh membersihkannya ketika bangun dari tidur pada pagi hari.

  1. Minyak kemiri

Selain minyak zaitun, minyak kemiri juga dapat digunakan untuk membantu menumbuhkan dan melebatkan jambang. Minyak kemiri sudah lama dikenal sebagai salah satu bahan alami untuk menyuburkan rambut.

Caranya, ambil beberapa biji kemiri lalu dibakar atau digoreng tanpa minyak hingga kemiri kelihatan hangus. Lalu tumbuk kemiri hingga lumat dan perahnya menggunakan jari hingga keluar minyaknya.

Seperti mana cara yang lain, sapukan minyak kemiri dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu untuk mendapat kesan yang optimal. Jika anda ingin mudah dan tidak sempat untuk membuat minyak kemiri sendiri, bolehlah membeli minyak kemiri di mana-mana kedai yang menjualnya.

  1. Mencukur jambang

Sama halnya dengan misai, apabila makin kerap dipotong maka akan menjadi lebih lebat. Umumnya, setiap lelaki sebenarnya memiliki jambang, tetapi ada sesetengah orangnya, jambang mereka nipis, ada pula yang hanya tumbuh beberapa urat di sekitar pipi, ada yang berupa bulu-bulu halus, dan ada juga yang tumbuh dengan lebat.

Maka apabila anda inginkan agar jambang tumbuh lebih lebat, cubalah untuk kerap mencukur jambang untuk merangsang pertumbuhan jambang lebih cepat.

  1. Bersukan

Tentu anda bertanya-tanya apakah hubungannya antara bersukan dengan jambang. Ternyata perkara ini berkaitan dengan hormon testoteron.

Jambang akan tumbuh dengan cepat pada kaum lelaki yang memiliki hormon testoteron yang tinggi. Untuk meningkatkan hormon testoteron ini, caranya dengan banyak melakukan gerak badan seperti bersukan.

  1. Makan makanan yang kaya vitamin dan mineral

Makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral akan membantu memberikan zat di bahagian folikel rambut seperti jambang. Maka masukkan menu sayuran dan buah-buahan dalam setiap menu harian anda, agar jambang tumbuh lebih cepat dan anda juga mendapatkan manfaat tubuh yang sihat.

  1. Makan makanan yang mengandungi protein

Untuk meningkatkan pertumbuhan jambang, ambillah makanan yang kaya dengan protein. Semakin banyak protein di dalam tubuh maka akan merangsang pertumbuhan rambut, termasuk jambang. Maka jangan lupa untuk mengambil makanan yang mengandungi protein, seperti ikan, daging, telur, kekacang, susu dan sebagainya.

  1. Urutan wajah

Urutan di wajah bagus untuk melancarkan peredaran darah di wajah. Perkara ini secara langsung dapat merangsang pertumbuhan di wajah. Maka lakukan urutan secara lembut di wajah terutama di bahagian wajah yang ingin ditumbuhi jambang.

Urut dengan gerakan arah memutar selama 10 hingga 15 minit. Anda juga boleh melakukan urutan wajah ini ketika menyapukan minyak zaitun, minyak kemiri dan bahan alami di atas.

Loading...

Tags: #cara cepat menumbuhkan jambang dalam seminggu #cara melebatkan jambang #cara menumbuhkan jambang dengan mentega #cara menumbuhkan jambang dengan minyak zaitun #jambang #petua melebatkan jambang #petua menumbuhkan jambang #tips melebatkan jambang #tips melebatkan janggut #tips menumbuhkan jambang

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.