Cara Menjerat Burung Tekukur atau Spotted dove

Spotted Dove, Terkukur

Burung Tekukur atau nama saintifiknya Streptopelia chinensis merupakan burung pembiak tempatan. Ia menghuni di kawasan bermula dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Ia merupakan spesies yang menghuni kawasan hutan jarang yang terbuka, dan tanah ladang.

Burung Tekukur telah dibawa masuk ke kawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia, dan New Zealand. Di Australia, burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu, burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli.

Di benua tersebut, burung ini boleh di dapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehingga Pelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, spesis ini mudah membiak dan berkembang.

Menangkap burung tekukur sangatlah mudah dan semua orang pasti dapat melakukannya. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangkap ataupun berburu tekukur, antara lain ialah memikat menggunakan kandang, menjerat menggunakan pukat burung, menjerat menggunakan getah tikus dan sebagainya.

Namun cara terbaik untuk menangkap burung tekukur adalah menggunakan pukat burung. Pukat burung boleh didapati di kedai-kedai haiwan berdekatan.

Untuk menangkap burung terkukur, pukat berukuran 2 x 10 meter digunakan. Harus diingatkan bahawa pemasangan pukat haruslah tidak terlalu tegang kerana jika terlalu tegang, burung sukar untuk melekat pada jaring yang dipasang.

Audio suara burung tekukur boleh didapati melalui rakaman kepada burung tekukur yang dijadikan denak atau anda boleh mencuba mencari di dalam internet.

Klik untuk download Suara burung tekukur

Proses menjerat burung Tekukur menggunakan pukat dan audio suara burung

  • Sebelum memasang jaring, ada baiknya dilakukan survey terlebih dahulu lokasi yang sesuai  dan sering di datangi burung tekukur. Lokasi terbaik untuk memasang jaring adalah lokasi berhampiran semak-samun dan pokok. Adalah lebih baiknya di sekitar lokasi yang mempunyai sumber makanan burung.
  • Setelah lokasi ditentukan, seterusnya pasanglah jaring menggunakan 2 tiang yang di tancapkan ke dalam tanah.
  • Hidupkan suara rakaman burung tekukur menggunakan perakam yang memiliki speaker yang jelas. Seterusnya sembunyikan perakam berdekatan jaring dengan cara ditutupi menggunakan daun-daun kering.
  • Tinggalkanlah jaring dan perhatikan dari jauh.
  • Kalau ada rezeki, anda akan mendapati burung tekukur tersangkut pada jaring.
  • Lepaskan secara hati-hati burung tekukur yang tersangkut. Jangan melepaskannya secara paksa untuk mengelakkan kecedaraan pada burung dan jaring terkoyak.
Pukat-burung-150x150 Cara Menjerat Burung Tekukur atau Spotted dove

Pukat burung direntang tidak terlalu tegang

Burung-Tekukur-Streptopelia-chinensis-150x150 Cara Menjerat Burung Tekukur atau Spotted dove

Burung Tekukur – Streptopelia chinensis

logo-150x150 Cara Menjerat Burung Tekukur atau Spotted dove

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Menjerat Burung Tekukur atau Spotted dove

Loading...

Tags: #cara tahan pukat burung #cara tangkap burung tekukur #gambar burung terkukur #memikat burung terkukur #menangkap terkukur #menjerat terkukur #mp3 suara tekukur #pukat burung tekukur

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Menjerat Burung Tekukur atau Spotted dove"