Cara Meniruskan Pipi Tembam Melalui Senaman Wajah

Meniruskan Pipi Tembam Melalui Senaman Wajah

Pasti anda berasa tidak senang bila terdapat rakan-rakan yang mengusik anda dengan gelaran ‘pipi chubby’, ‘pipi pau’, ‘pipi donat’ dan sebagainya. Bagi kaum wanita terutamanya, sesetengahnya merasakan memiliki pipi tembam kurang menyenangkan. Mungkin kerana pipi yang tembam memberi sinonim bahawa berat badan anda bertambah, semakin berisi, terlihat gemuk dan sebagainya. Namun ada juga yang sesetengahnya menganggap memiliki pipi yang tembam lebih comel dan manis dipandang.

Penyebab pipi menjadi tembam

  • Jika badan gemuk pasti akan menyebabkan muka dan pipi turut berisi.
  • Terlalu sering merokok dan meminum alkohol juga membuat pipi menjadi tembam.
  • Banyak memakan makanan ringan dan berlemak.
  • Jarang bersukan.
  • Kurang minum air masak.
  • Kurang tidur.
  • Kurang kalsium untuk tubuh.
  • Terlalu banyak mengunyah makanan.

Cara meniruskan pipi tembam dengan senaman wajah

Bagi anda yang merasa kurang cantik dengan pipi yang tembam, terdapat cara yang mudah untuk meniruskan pipi berisi agar kelihatan meyakinkan. Lakukan 10 cara senaman wajah mudah berikut dan lihat kesannya. Cubalah untuk melakukan senaman wajah di bawah secara berurutan sekerap 3 kali sehari selama 5 hingga 10 minit.

  1. Chewing Gum

Mengunyah chewing gum atau dalam bahasa Melayu, gula-gula getah dapat meniruskan pipi yang tembam selain menangkan saraf. Semasa anda mengunyah chewing gum, secara tidak langsung rahang anda akan bersenam. Caranya, kunyah chewing gum setiap kali selepas selesai makan tapi jangan pula berlebihan.

  1. Gerakan X-O

Apakah maksud gerakan X-O? Untuk mengetahuinya, cuba anda sebutkan huruf X dan O secara terus-menerus. Itulah yang dikatakan gerakan X-O pada mulut. Ketika anda menyebutkan X dan kemudiannya O, kedua-dua rahang akan menjadi tertarik terus dan perlahan-lahan membakar lemak di pipi. Lakukan latihan ini setiap kali anda mempunyai waktu.

  1. Gerakan Membuka Rahang

Buka mulut lebar-lebar seperti ketika anda mengucapkan huruf A namun dengan kekuatan penuh. Terus tahan dalam beberapa saat, kemudiannya tutup kembali mulut anda. Ulang gerakan ini selama beberapa minit. Lakukan latihan ini sekerap 3 kali sehari. Jangan berlebihan pula kerana boleh membuat rahang anda menjadi sakit.

  1. Mengangkat Pipi

Cubalah untuk tersenyum sambil mengangkat pipi anda dengan tinggi mendekati mata. Lakukan senaman wajah ini seperti ketika anda senyum dalam keadaan tegang. anda juga boleh lakukan sambil menutup mata agar lebih berkesan. Tahan selama beberapa saat dan lakukan secara berulang kali.

  1. Fish Lips

Tahukah anda bagaimana rupa bibir ikan? Perhatikan bibir ikan seperti dalam animasi kartun dan cubalah untuk mengajuk bibir ikan tersebut dengan mengapit bibir anda. Lakukan langkah ini lalu tahan untuk beberapa saat dan ulanginya.

  1. Meniup Pipi

Caranya adalah dengan tutup mulut anda, lalu tiup seperti anda meniup belon dan isi semua pipi anda dengan udara. Tiup pipi sebelah kiri, diamkan beberapa minit dan kemudiannya ulanginya dengan meniup pipi sebelah kanan. Lakukan secara berulang selama beberapa minit.

  1. Menyedut Pipi

Sedut pipi kiri dan kanan anda sekuat mungkin. Tahan keadaan ini selama beberapa saat atau selama 1 minit dan lepaskan. Lakukan senaman ini secara berulang ketika anda memiliki waktu lapang.

  1. Lion Face

Buka mulut anda seluas-luasnya lalu jelirkan lidah. Biarkan pipi menjadi tegang sehingga  wajah anda juga dalam keadaaan tegang. Tahan sebentar lalu kembalikan seperti mula. Lakukan secara berulang.

  1. Urutan Wajah

Lakukan urutan wajah sendiri di rumah dengan melakukan gerakan melingkar. Cara ini dapat membantu meringankan ketegangan setelah melakukan beberapa senam wajah di atas. Tetapi perlu diingat supaya anda mencuci tangan terlebih dahulu sebelum menyentuh wajah untuk mengelak bakteria dan kuman dari tangan.

  1. Senyum dan Ketawa

Tanpa disedari, senyum dan ketawa sebenarnya mampu meniruskan pipi anda. Dengan banyak tersenyum dan ketawa, otot-otot wajah akan menjadi rileks. Selain boleh meniruskan pipi, senyum dan ketawa juga membuat wajah selalu awet muda.

Cara lain untuk meniruskan pipi

  • Melakukan program diet
  • Perbanyakkan minum air masak sekitar 8 hingga 12 gelas sehari
  • Tidur secukupnya 8 jam sehari
  • Banyak bersukan dan mengeluarkan peluh
  • Banyak mengambil buah-buahan dan sayuran
  • Memperbanyakkan pengambilan kalsium
  • Elak meminum minuman mengandungi alkohol dan soda
  • Mengurangkan kadar garam dan gula
Loading...

Tags: #Bagaimana Kecilkan Muka #Cara efektif Mengecilkan Pipi Tembam #cara kecilkan pipi #Cara Kuruskan Pipi #Cara lain untuk meniruskan pipi #cara mendapatkan pipi yang cantik #cara mengecilkan rahang muka yang lebar #Cara Mengurus Dan Mengecilkan Pipi #Cara meniruskan pipi tembam dengan senaman wajah #cara mudah meniruskan pipi tembam dengan senaman wajah #Kecilkan Pipi Tembam & Dagu Berlapis #masalah pipi chubby #mengatasi pipi tembam #mengelak pipi tembam #meniruskan pipi #Menyedut Pipi #Penyebab pipi menjadi tembam #pipi cantik dengan bersenam #pipi tembam tanpa suntikan #punca pipi tembam #Senaman Kuruskan Pipi #senaman wajah untuk dapatkan pipi cantik #senaman wajah untuk mendapatkan pipi tirus #senaman wajah yang mudah untuk mendapatkan bentuk muka yang menarik #TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI #tiruskan muka #Urutan Wajah #yoga muka

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.