Cara Menghalau Lipas Dari Rumah, Elakkan Rumah Anda Menjadi Sarang Lipas!

Cara Halau Lipas Dalam Rumah

Lipas, salah satu binatang yang menggelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Lipas betina pula mempunyai ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dibunuh dengan cara yang tidak bijak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan dilap betul-betul dengan air dan sabun.

Tanda paling mudah mengetahui bahawa rumah anda terkena serangan lipas adalah dengan melihat sekeliling rumah terutamanya di kawasan dapur atau kawasan lembab. Jika waktu siang pun anda boleh jumpa lipas dengan mudah, ertinya lipas yang sedang menyorok di rumah anda adalah terlalu banyak.

Jika rumah anda ada banyak lipas, itu merupakan satu tanda yang tidak berapa baik. Jika anda tiada masa hendak uruskan sendiri masalah lipas di rumah dan dalam masa yang sama anda mempunyai bajet kewangan yang mencukupi, anda boleh serahkan tugasan tersebut pada syarikat pest control sahaja.

Mereka akan lakukan dengan baik, berkesan dan berkala untuk anda. Tapi bukan semua orang mempunyai bajet kewangan untuk uruskan masalah lipas di rumah mereka. Jika anda ingin jimatkan wang dan mempunyai masa untuk menguruskan sendiri masalah lipas di rumah anda, ini beberapa cara untuk menghalau lipas dari rumah.

  1. Sabun Mandi

Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

  1. Ammonia

Ambil secawan cecair ammonia, campurkan ke dalam setimba air kemudian gunakan campuran air ammonia tersebut untuk disimbah ke semua lubang paip di rumah anda. Di corong paip sinki menuju ke longkang, dicorong lubang bilik air dan seumpamanya. Itu akan menghapuskan lipas dan bau yang ada di paip tu akan menghalang lipas datang ke situ.

  1. Lemon

Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru. Selain itu, Apa yang anda perlu buat adalah sebelum nak mop lantai rumah, atau lantai bilik air, campurkan air dengan perahan lemon. Kemudian baru gunakan air tersebut untuk mop lantai rumah. Bau citrik yang dikeluarkan oleh lemon itu akan menghalau lipas dan serangga lain.

  1. Minyak Pudina

Sembur minyak pudina pada kawasan yang ada banyak lipas. Semburkan pada penjuru bilik air dan berhampiran lubang keluar air ke longkang. Cara ini mungkin agak lambat kesannya, tapi amat mesra alam dan tidak merbahaya.

  1. Timun

Ambil hujung timun atau pangkalnya, potong kepingan timun atau boleh juga lumat atau hancurkan timun tersebut. Kemudian letakkan di kawasan yang lipas suka datang merayap pada waktu malam. Letakkan di sinki, di penjuru bilik mandi dan di sekitar kawasan dapur dan penjuru lantai dapur. Ini cara mudah dan mesra alam sekitar yang tidak merbahaya untuk halau lipas.

  1. Cecair Peluntur

Selepas menggunakan peluntur untuk merendam pakaian putih, simbah campuran peluntur dan air tersebut ke dalam ruang bilik air, lubang sinki dapur dan simbah juga ke dalam longkang yang menjadi tempat lipas. Ia berkesan membunuh lipas.

  1. Listerine

Ambil listerine, campur dengan air, masukkan ke dalam penyembur dan sembur pada kawasan yang kena serangan lipas. Sembur di kawasan dapur, bilik air dan sekitar lubang dalam rumah yang menuju ke longkang.

  1. Daun Pandan

Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

  1. Serbuk Lada, Bawang Putih dan Bawang Merah

Ambil serbuk lada hitam, ambil beberapa ulas bawang putih yang dilumatkan dan ambil juga beberapa ulas bawang merah yang dilumatkan. Masukkan dan campur kesemua bahan tersebut bersama 1 liter air. Boleh tambah sedikit sabun jika mahu. Gunakan air tersebut untuk lap meja makan, lap meja dapur atau lap dapur di mana lipas suka merayap di waktu malam. Bau itu sudah cukup untuk menghalau lipas dari datang ke kawasan tersebut.

  1. Ubi Kentang

Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letakkan di sinki, di penjuru bilik mandi dan di sekitar kawasan dapur dan penjuru lantai dapur dan tempat banyak lipas.

  1. Daun Salam

Letakkan daun salam di kawasan yang anda jumpa ada banyak lipas. Letakkan sahaja daun salam di tempat yang digemari lipas supaya lipas terus lari dan tidak akan datang ke tempat itu.

  1. Kayu Cedar

Kayu cedar dalam bentuk bulat, dipotong dalam bentuk blok segi empat dan sebagainya boleh digunakan untuk menghalau lipas. Anda boleh letakkan blok kayu cedar ini dalam kawasan yang ada lipas. Boleh letak di dalam almari lauk, di dapur tempat letak pinggan mangkuk dan sebagainya. Ia amat berkesan untuk dijadikan azimat menghalau lipas.

  1. Buah Pelaga

Buah pelaga yang digunakan dalam masakan juga berguna untuk menghalau lipas. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

  1. Ubat Gegat

Letakkan ubat gegat di kawasan yang menjadi tempat pembiakan dan tempat sering terdapat banyak lipas di rumah. Letakkan di bilik air atau dalam almari. Tapi berhati-hati dengan ubat gegat ini, bau yang dikeluarkannya adalah racun serangga, jika anda cium dan hidu, ia akan masuk meresap dalam tubuh badan anda. Ia juga bahaya jika ditelah atau dikunyah. Oleh itu berhati-hati jika rumah ada kanak-kanak di rumah anda.

  1. Jaga Kebersihan

Ini perkara asas untuk selesaikan masalah serangan lipas di rumah. Jadikanlah amalan menjaga kebersihan sebagai satu budaya dan amalan kehidupan. Rumah bersih, sentiasa kemas dan tiada sisa makanan, menyelesaikan hampir kebanyakan masalah-masalah serangga perosak yang lain.

Selepas makan, kemas meja makan, simpan makanan dalam tempat bertutup, buang sisa makanan ke dalam tong sampah berplastik. Sentiasa tutup tong sampah dan buang sampah yang dimasukkan ke dalam beg yang diikat kemas secara rutin setiap hari.

Letakkan di luar rumah dalam tong yang bertutup sementara menunggu pihak majlis perbandaran datang mengutip sampah tersebut.

Loading...

Tags: #Bagaimana Mengawal Lipas Di Rumah #Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah #cara halau lipas. cara menghalau lipas membiak #cara mudah selesaikan masalah lipas dalam rumah anda #lipas #petua berkesan halau lipas di rumah #petua halau lipas #Petua Menghalau Lipas Di Rumah #Petua Tips Cara Menghalau Lipas #Petua untuk menghalau Lipas di rumah

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.