Satu masalah yang sering dihadapi ketika menggoreng ikan ialah ikan melekat pada kuali. Apabila tidak kena caranya, ikan yang digoreng itu kelihatan tidak menarik lagi apabila sebahagian kulitnya tertanggal ketika cuba dibalik.
Bagi anda yang sering berada di dapur, pasti anda menyedari bahawa masalah ini lebih mudah terjadi apabila setiap kali menggunakan minyak masak baharu. Tidak kira jenis ikan apa yang digoreng, dengan cara yang betul, masalah ikan melekat di kuali ini dapat di atasi. Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan ikan tidak melekat di kuali apabila digoreng.
- Bersihkan ikan terlebih dahulu
Sebelum menggoreng, adalah wajib bagi anda membersih dan mencuci ikan terlebih dahulu. Baisanya, ikan yang segar mempunyai banyak cairan dan lendir. Biasanya spesis ikan air tawar dan air masin dari kategori ikan bersisik dan spesis catfish mempunyai banyak lendir. Oleh itu, anda perlu mencuci ikan dengan cermat.
Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, bolehlah direndamkan dengan air limau nipis. Belah asam limau nipis, perahkan ke atas ikan. Tambahkan air, masukkan kulit limau nipis bersama dan rendamkan selama beberapa minit. Satu lagi cara yang mudah untuk menghilangkan lendir ialah dengan menggaulkan ikan dengan tepung gandum. Kemudian cuci sehingga bersih.
- Basuh kuali dan keringkan
Sebelum menggoreng, satu cara paling praktikal untuk elak kuali melekat adalah dengan membasuh kuali tersebut dengan bersih dan biarkan kering.
- Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum menuangkan minyak
Satu kesalahan yang sering dilakukan ketika di dapur ialah menuangkan minyak terlebih dahulu kemudian memanaskannya di dalam kuali. Ternyata cara sebegitu akan mempengaruhi bahan makanan yang digoreng termasuklah ikan. Cara yang betul ialah memanaskan kuali terlebih dahulu. Apabila kuali telahpun, barulah anda boleh tuangkan minyak masak ke dalamnya.
- Tunggu minyak panas dahulu
Satu lagi kesalahan yang kerap dilakukan di dapur ialah terus memasukkan bahan makanan ke dalam kuali ketika minyak belum panas. Sepatutnya, pastikan minyak masak telahpun panas secukupnya sebelum memasukkan bahan makanan. Bagi mengelakkan ikan melekat pada kuali, masukkan ikan ketika minyak benar-benar panas.
- Goreng Ikan dengan Minyak yang Banyak
Jika anda menggoreng ikan dengan minyak yang banyak, maka ikan yang digoreng akan mengembang dan tidak akan menyentuh dasar kuali. Oleh sebab itu, cara ini dilakukan untuk mengelak ikan melekat di kuali. Bukan sekadar itu, menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng ikanjuga akan membuat ikan masak dengan sempurna dan lebih rangup
- Gaulkan ikan dengan tepung beras
Bagi mengelakkan ikan melekat pada kuali ketika digoreng, anda bolehlah gaulkan ikan dengan garam, kunyit dan sedikit tepung beras. Boleh juga jika gunakan tepung jagung. Caranya seperti menyalut pisang goreng atau ayam goreng dengan tepung menggoreng. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah digoreng seperti biasa. Ikan bukan sahaja tidak melekat pada kuali, malah akan lebih garing dan rangup.
- Masukkan asam keping dalam kuali
Satu tips bagi mengelak ikan melekat pada kulai ialah menggunakan asam keping. Ketika anda panaskan minyak, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali, kemudian baru masukkan ikan ketika minyak sudah pun panas. Insya Allah, ikan yang digoreng tidak akan melekat pada kulai. Malah, ikan yang digoreng pun nampak cantik.
- Masukkan kulit bawang
Ambil sedikit kulit bawang dan masukkan ke dalam kuali bersama ikan yang hendak digoreng. Cara ini dapat mengelakkan ikan dari melekat pada kuali ketika digoreng.
- Jangan bolak-balikkan ikan
Ketika anda hendak membalikkan ikan, pastikan ikan tersebut sudah dalam keadaan kering. Jika tidak, daging ikan akan hancur dan kulitnya melekat pada kuali. Biarkan ikan untuk masak sempurna pada satu bahagian dan kering sebelum membalikkan ikan. Apabila ikan sudah kering, ia tidak akan melekat pada dasar kuali.
Tags: #cara goreng ikan #cara goreng ikan supaya tidak melekat di kuali #cara goreng ikan yang betul #cara memasak ikan goreng #cara menggoreng ikan agar garing #elak ikan melekat pada kuali #goreng ikan #petua goreng ikan #resepi goreng ikan #resepi ikan goreng garing #Tips cara menggoreng ikan renyah enak dan garing #Tips Jitu Menggoreng Ikan Agar Tidak Lengket dan Meletup-Letup #tips menggoreng ikan supaya garing #Tips Menggoreng Ikan Tanpa Lengket dan Meletup #Tips Menggoreng Ikan Untuk Pemula